
dipetik dari http://pentadbiranzontimur.blogspot.com/
" Dan janganlah kamu merase lemah (dalam p`juangan mempertahankan & menegakkan ISLAM)dan jangan lah kamu b`dukacita tehadap apa yang menimpa kamu, padahal kamulah orang-orang yang tinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenagan) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh dalam beriman...( ali imran :139 )

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia..... .
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
KELEBIHAN MADU
· Madu banyak mengandungi vitamin yang diperlukan untuk kesihatan dan dapat membantu penyembuhan hampir semua penyakit termasuk berkaitan dengan paru – paru, urat saraf dan mampu meningkatkan tenaga seseorang.
· Menurut kajian, madu merupakan kumpulan vitamin yang paling kuat dan paling bersih antara vitamin – vitamin yang lain.
· Madu juga merupakan minuman paling lazat dan mengandungi zat makanan yang paling lengkap serta dapat membantu proses pemulihan tenaga tubuh.
· Madu mampu membersihkan toksid yang ada dalam urat – urat darah dan perut.
· Madu banyak mengandungi vitamin A, B, C dan B Kompleks (B, B2, B3, B5 dan B6) vitamin E, K: dan Enzim disamping pelbagai jenis mineral seperti, Phosphorus, Potassium, Kalsium, Sulfur, Iron, Copper, Magnesium, Manganese dll.
· Menurut Ibnu sina, Tokoh Perubatan Islam, madu perlu untuk kekuatan tubuh dan amat baik untuk orang yang berusia lanjut.
· Bagi orang Yunani, madu dapat memanjangkan umur dan memulihkan keremajaan.
· Selain itu madu baik untuk kesihatan kulit, melambatkan penuaan, menguatkan urat saraf, membantu selera makan, proses pencernaan, melancarkan kencing, mengubati penyakit mental dan stress dan baik untuk daya ingatan.
