Jumaat, 17 Oktober 2008

Khamis, 16 Oktober 2008

Nasihat Luqman Nur Hakim pada anaknya..

"Wahai anakku..engkau tidak akan tahu tiga perkara melainkan dengan tiga perkara. Engkau tidak tahu sifat lembut (engkau miliki atau seseorang itu memilikinya) kecuali ketika ia marah. Engkau tidak akan mengerti apa itu keberanian melainkan ketika berlakunya peperangan. Engkau tidak akan mengenal rakan yang sebenar kecuali ketika engkau kesusahan dan berhajat kepada sokongannya."

Firman Allah Taala: “ Mengadu Rasul; Wahai Tuhan, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini sebagai suatu yang ditinggalkan”

Filed under: Uncategorized — kostaq-ytb @ 4:40 am

Saya tertarik untuk menyentuh mengenai
Kalamullah yang mulia yang dibincangkan dalam siri-siri majlis Tafaqquh Fiddin
bersama dengan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki Hafizohullah.
Antara kitab-kitab yang dibentangkan kepada kami adalah kitab ‘an-nasoih
ad-diniah wa al-wasoya al-iimaniah’
. Kalau dahulunya di Malaysia saya
pernah belajar kitab ini dari ayah saya tetapi menggunakan kitab yang telah
diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dengan tajuknya nasihat agama dan wasiat
iman. Pengajian kami sekarang telah melewati bab ‘mabhasu tilawatil Quran
waz Zikri’.
Baru malam tadi (malam Jumaaat, 28 Syaa’ban 1429H) perbincangan
yang berkaitan dengan zikir dan al-Quran ini ditamatkan oleh Syeikh. Selepas
ini, tajuk baru pula akan dibincangkan.

Selain dari kitab yang disebutkan,
antara kitab lain yang dipelajari dalam majlis ini adalah ‘Tahzibu Misykatil
Masobiih’
. Pagi kelmarin Syeikh menutup perbincangan dalam Bab ‘al-I’tikaf’
sebelum pengajian akan disambung semula dengan Bab ‘Fadhailul Quran’ hari
ini. Tajuk berkaitan al-Quran yang dibincangkan dalam dua kitab ini terasa amat
penting untuk disentuh. Perkara-perkara yang tersangat penting berkaitan dengan
Kalamullah yang mulia. Sesiapa yang bersamanya, akan turut sama mengecapi
kemuliaan yang ada padanya. Sekurang-kurangnya perbincangan seumpama ini mampu
dijadikan satu muhasabah penting untuk saya dan rakan-rakan lain menilai
setakat mana kami meninggikan kedudukan al-Quran dalam kehidupan.

Hasil dari siri-siri pengajian yang
diikuti, jelaslah bahawa tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai penghafal
Quran tidaklah semudah yang disangkakan. Di sebalik kemuliaan al-Quran yang ada
pada kami, terdapat satu amanah yang perlu dilaksanakan. Ianya mengingatkan
saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh asy-Syeikh Usamah as-Sayyid
al-Azhari mengenai ‘asy-hurul hurum’. Antara petikan khutbahnya; “Setiap
kali Allah Taala melebihkan sesuatu kurniaannya kepada seseorang dengan
kemuliaan dan kebajikan, Allah akan meluaskan baginya daerah hisabnya. Tidak
ada sesuatu taklif yang dipikul melainkan di sebaliknya ada kemuliaan yang akan
dikurniakan Allah dan tidak akan dikurniakan kemuliaan melainkan di sebaliknya
ada taklif yang perlu di pikul”.

Namun, tugas yang perlu dipikul tidak
sepatutnya menjadi penyebab untuk kita semua terutama rakan-rakan yang
menghafal al-Quran untuk ‘berpaling tadah’ dari KalamNya. Sebaliknya, jadilah
hambaNya yang sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaan dariNya dan sabar dengan
ujian yang dibentangkan untuk kita. Keimanan masih belum terbukti sekadar
dengan lidah yang tidak bertulang. Ujian pasti akan datang. Allah Taala
berfirman; “ Adakah manusia menyangka bahawa kami akan meninggalkan
mereka begitu sahaja dengan mengucapkan keimanan sebelum mereka diuji?”
.
Tidakkah kita semua bercita-cita untuk megecapi dua kemanisan; kemanisan dunia
dan kejayaan di Hari Akhirat?

Beberapa orang kawan-kawan dari sekolah
lama pernah mengadu kepada saya mengenai al-Quran yang dihafal. Mereka bimbang
tidak mampu untuk istiqamah dengannya. Soalan dari saya; “ Adakah kita semua
telah berusaha sedaya upaya untuk menjaga hafalan kita, atau kita hanya
bersikap sambil lewa?”. Saya bimbang dengan diri sendiri begitu juga dengan
rakan-rakan sekiranya kita melihat bahawa al-Quran seolah-olah tiada nilainya. Di
manakah kita ketika melihat dan menilai ketinggian al-Quran al-Karim berbanding
perkara yang lain? Bimbang juga sekiranya segala jenis macam perkara-perkara
yang tidak bermanfaat seumpama lagu-lagu yang melalaikan menyekat kita untuk
menjadi manusia yang sentiasa membasahi bibir dengan Kalam yang paling mulia.

Pengajian yang berlangsung mengajar
pentingnya menjaga adab-adab apabila bersama dengan al-Quran. Al-Quran bukan
buku-buku rujukan yang kita gunakan di sekolah, bukannya majalah-majalah yang
menayangkan aksi-aksi tidak senonoh para artis jalanan , bukan juga suratkhabar
yang dijadikan alas tempat duduk ataupun alas kasut dan selipar, tetapi ianya
merupakan Kalam Pencipta Yang Maha Agung. Kita hanyalah hambaNya yang dhaif
lagi hina. Jangan sampai hati kita semua terhijab dari melihat keagungan
Kalamullah yang mulia ini. Na’uzubillah!

Janji Allah Taala kepada mereka yang
sanggup bersama dengan al-Quran sangat besar. Cuma menunggu kita semua untuk
merebutnya. Inilah sebenarnya peluang keemasan untuk kita mendapatkan kedudukan
yang mulia di sisi Allah Taala. Al-Quran akan menjadi penyelamat kepada sesiapa
yang sudi untuk menjaganya di dunia. Tiada sesiapapun yang mempunyai jaminan
keselamatan ketika mengadap Allah di Hari Akhirat kelak. Alangkah indahnya
sekiranya di sana ada yang sudi menghulurkan tangan menyelamatkan kita dari sebarang
seksaan yang dahsyat sebagaimana yang dijanjikan olehNya.

Sabda Nabi
Sollallahu’alaihiwasallam;

“ Bacalah
al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan menjadi pemberi syafaat kepada orang yang
bersamanya di dunia”

Terdapat banyak hadis yang menggalakkan
kita untuk terus istiqamah dengan al-Quran. Sekiranya diizinkan Allah saya akan
berkongsi sedikit sebanyak apa yang terkandung dalam kitab yang dipelajari.
Moga kita semua mampu mendapat manfaat darinya. Segala kekurangan dan kesilapan
saya memohon ampun dariNya dan kemaafan dari sahabat-sahabat semua. Semoga kita
semua menjadi golongan yang sentiasa bersama al-Quran.

“ Ya Allah
sampaikan kami kepada Ramadhan. Elokkanlah ibadah kami dan terimalah
amalan-amalan kami sepanjang Ramadhan…”

“ Wahai Tuhan,
rahmatilah kami dengan al-Quran. Dan jadikannya sebagai pemimpin, cahaya,
petunjuk serta rahmat bagi kami. Wahai Tuhan Engkau ingatkan kembali apa yang
telah kami lupakan darinya, dan ajarkanlah apa yang kami tidak tahu darinya.
Kurniakanlah kami kekuatan untuk membaca dan menghayatinya di waktu siang
mahupun malam. Dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujah untuk kami dan bukan
hujah ke atas kami, wahai Tuhan yang memberi rahmat”

Selasa, 14 Oktober 2008

14 October 2008
Pelaburan Koperasi Wahida HPA.
Ahli-ahli HPA diingatkan supaya jangan membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat yang menjanjikan pulangan yang lumayan sedangkan mereka tidak memiliki kebenaran mengambil diposit dari Bank Negara.Kejadian sebegini sering berlaku dinegara kita menyebabkan sesetengah pehak menggunakan peluang ini bagi mengumpulkan dana peniagaan mereka.Jika mereka menjanjikan lebih daripada 20% setahun sesuatu yang tidak boleh berlaku dalam keadaan ekonomi sebegini melainkan skim cepat kaya atau moneygame.Jika Ahli mempunyai keewangan untuk melabur mari bersama HPA dalam pelaburan koperasi wahida HPA yang sedang mengumpulkan dana rm10 juta untuk dilaburkan dalam peniagaantani dan RFC yang sedang giat di buka seluruh Malaysia.Pada tahun lepas koperasi telah mengeluarkan deviden sebanyak 10% kepada ahli bagi satu tahun operasi dan saya mejangkakan dividen ini akan terus naik dengan jumlah produk dan pemintaan bahan mentah yang semakin banyak oleh HPA.Antara peniagaan yang dilaburkan masakini ialah membekalkan gula,kopi,cremer kepada Radix Industries yang digunakan untuk pengeluaran kopi radix di Malaysia dan Luar negara.Doakan 9 tahun lagi koop akan menjadi sebuah bank yang sah di negara kita.Amin.




Cawangan-cawangan yang sedang dibuka.
Antara cawangan yang sedang dibuka ialah:1. Petaling Jaya - akan siap 15/10/082. Seri Iskandar - 15/10/083. pusat pentadbiran zon timur Kuala Kerai - 50%4. Cawangan baru Temerloh - 50%5. Rantau Panjang - akan mula renovation6. Raub - akan mula renovation7. Kuantan - tambahan cawangan baru dekat Kem Askar.8. Segamat - Insyaallah siap 1/11/089. Muar - siap 1/11/0810. Kulai - dalam tindakan mendapatkan s harga.






Program Amal bersama oku
Semua manusia dilahirkan bersama kelebihan dan kekuranganya tetapi di balik kekurangan itu terdapat satu potensi yang boleh dibangunkan untuk ummah.(pen)Program amal bersama dengan OKU (cacat penglihatan) akan dibuat pada hari ini 14hb di dewan Amir Ramadhan Perlis.Seramai 30 orang yang telah memberikan nama untuk hadir di majlis ini.Tujuan perjumpaan ini ialah untuk melihat bagaimana HPA boleh memainkan peranan aktif bagi membantu gulungan OKU dalam aktiviti harian mereka.Mereka bukan hanya boleh menghasilkan produk tetapi boleh menjadi guru kepada institusi pendidikan dan kemahiran yang akan dibuka oleh HPA kelak.Kejayaan HPA membentuk usahawan sangat berkesan kerana HPA sendiri menyadiakan peluang pasaran bagi produk yang dikeluarkan.Setakat ini lebih daripada 100 orang usahawan termasuk usahawan tani yang telah bergabung bersama HPA membentuk pasaran bersama MLM HPA dan kenapa tidak hari ini HPA melihat potensi yang ada dalam diri OKU pula.




Antara Kopi dan Teh
Antara kopi dan teh yang telah dan akan dikeluarkan dipasaran ialah seperti berikut1. Teh herba (100%pegaga)2. Teh Asiatika(untuk sembelit yang kronik)3. Teh Manjakani(manjakani dan kacip fatimah)4. Teh Lemongrass(serai)- akan keluar.5. Teh Roselle(Roselle)- akan keluar6. Kopi Radix (7 herba)7. Kopi radix mild(kurang manis)- akan keluar.8. Radix Koko - akan keluar.


sementara kordial pula terdiri daripada:1. Kordial asiatika2. Kordial jambu merah - baru3. Kordial mangga4. Kordial kurma5. kordial roselle6. RTD roselle7. kordial kundur (dihentikan pengedaran)8. honey comb (bermusim)




Majlis peluncuran produk baru di Indonesia.
InsyaAllah,HPA Indonesia akan membuat majlis peluncuran 4 produk herba di Jakarta pada 16/11/08.Indonesia yang terkenal dengan penggunaan jamu kembali menguatkan jaringan MLM disana menggunakan herba sebagai produk killer.Keempat produk tersebut telah mendapat kelulusan daripada dep.kesihatan Indonesia.Semua PJS Indonesia dijempat dan InsyaAlah saya dan GM AWM akan turun ke Jakarta bagi tujuan tersebut.Semoga perjuangan HPA di Indonesia akan lebih semarak.Amin.




12 October 2008
Kutipan amal -pakaian terpakai
Satu program sosial yang sedang giat dilancarkan oleh HPA ialah mengumpulkan pakaian yang telah digunakan untuk projek jualan amal bagi membantu golongan miskin.Anda boleh meletakan baju-baju yang hendak disumbangkan dicawangan-cawangan HPA dan InsyaAllah baju-baju itu akan dihimpunkan terlebih dahulu sebelum ia dijual dengan harga murah sementara duit kutipan 100% akan diberikan kepada fakir miskin.Pakain yang hendak di sedekahkan hendaklah pakaian yang anda sendiri sanggup memakainya ketika ke pejabat atau ketempat keramaian.kita tidak mahu menerima pakaian pakaian yang buruk yang tidak boleh digunakan.Percayalah...jumlah pakaian anda yang banyak dalam almari pasti akan di soal oleh Allah kerana tidak digunakan sedangkan diluar sana jutaan umat Islam berada dalam kemiskinan.Tidak keterlaluan jika saya katakan cukuplah 7 helai baju kerja bagi kegunaan 7 hari dalam seminggu.Semoga sumbangan Amal ini akan disambut hebat oleh para pejuang HPA yang telah siap sedia untuk menerima arahan.Amin


Teh manjakani
Sudah satu minggu teh manjakani berada dipasaran tetapi masih banyak tempat yang belum sampai lagi.Edaran teh bersama kopi radix kini mula memenuhi kembali cawangan-cawangan di seluruh Malaysia.Selepas pengumuman harga kopi akan dinaikan ramai para stokis mula membuat belian stok yang banyak sama seperti cola radix.Situasi ini menjejaskan hanya seminggu sahaja kerana kemampuan mesin baru kita boleh beroperasi dengan kapasiti yang tinggi.HPA kini mengarahkan kembali kerja dua shif termasuk hari minggu kilangnya di Kuala Perlis dan pada minggu hadapan bekalan kopi dan kremer akan sampai dalam jumlah yang besar mencukupkan keperluan kopi tempatan dan Indonesia.Pengeluaran yang cepat menggunakan mesin fully otomatik akan menghilangkan keresahan pengguna setia kopi radix.InsyaAllah.


11 October 2008
Kopi Radix
Kopi Radix merupakan produk utama HPA kerana ianya mudah untuk dijual namun bagitu kita mempunyai lebih 100 produk lain dipasaran.Oleh kerana kita tidak melibatkan diri dalam program -program yang menjana ilmu pengetahuan produk kita merasakan dunia peniagaan menjadi sempit bila tidak adanya kopi Radix.Kesanya akan menyebabkan kejatuhan jualan semasa.Bagi pehak HPA penyediaan kilang kopi baru yang fully otomatik merupakan satu langkah kedepan bagi mempersiapkan kecukupan produk dipasaran.Namun bagitu saranan untuk kembali kepada peniagaan herba perlu dilaungkan kembali.Di sini saya menyeru semua ahli-ahli HPA dan PJS menghaziri program KPJ yang diadakan bagi mengelakan dari situasi ini berulang lagi pada masa hadapan.HPA berdiri atas tiga kekuatan produk iaitu 1. herba ubatan melalui perubatan jawi2. kosmatik melalui produk daripada pegaga3. Produk harian sebagai pelengkap keperluan rumah.Dari yang saya lihat ahli-ahli mengenal kopi radix lebih daripada 3 D malah kalau ditanya bahan apa yang terkandung dalam akar mengkudu ramai yang tidak dapat memberikan jawapan yang betul.Kita tidak dapat meujudkan satu keunikan bisnes MLM jika hanya bergantung pada produk harian.Oleh itu perlu segera kita mencari nota-nota kuliah lama untuk mengasah kembali ketajaman pengubatan herba kita dalam dunia yang banyak penyakit dewasa ini.HPA memiliki kilang ubatan herba yang bertaraf GMP dan ISO .kita pelupur perubatan herba tempatan.JAWI bererti Jejawi...Alamiah...Wathan...Ilahiah...sajak di dewan Puri Pujangga ukm 1998Puri Pujanggasungguh hari ini kami datang lagi mengutip dedaunan yang luruhdari pusaka ninda yang terbuangagar jangan hilang ditelan zaman. (Hj Zahir dan Hj Mokhtar - tentu tidak lupa)

Ahad, 12 Oktober 2008

Promoter Kosmetik diperlukan.DiCawangan Seluruh Negara. 50 kekosongan, call segera : Cik Izzah(0195027792),Cik Roslina( 0134469580 ) atau Dapatkan BORANG di Pejabat HPA & Cawangan-Cawangan HPA.

Jawatan Kosong Radix Cola Sdn Bhd (Pengeluar Cola Radix), A106 & A107, Jalan 2A-A Kaw.Perindustrian Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah. Sg.Petani.Pegawai Operasi, Penyelia dan Pembantu Makmal .Hubungi: 044481067 / Fax: 04-4481066 / u/p: Pn.Haliza / Pn. Rohaida

Sabtu, 11 Oktober 2008

SISTEM MUDHARABAH RFC
(Butiran bagi syarat-syarat perkongsian Mudharabah antara RFC dan Pemodal)

1. Skop usahasama ialah restoran makanan segera RFC.

2. Usahasama dibuat mengikut kaedah Perkongsian Mudharabah. Pihak RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus (modal dan pentadbiran), sementara pemodal bertindak sebagai penyumbang modal sahaja.

3. Usahasama di antara pemodal dan RFC dibuat dalam bentuk perjanjian.

4. Nilai modal oleh individu/syarikat yang berminat menjadi pemodal kewangan ialah RM 1 juta.

5. Nisbah keuntungan yang ditawarkan oleh RFC ialah ialah 50: 50 antara HPA dan Pemodal. Keuntungan berdasarkan untung bersih bulanan. Pemberian untung tertakluk untung-rugi perniagaan cawangan RFC terbabit.

6. Pengiraan keuntungan bermula pada bulan pertama RFC beroperasi. Jangkaan operasi; selewat-lewatnya lima bulan selepas perjanjian ditandatangani antara RFC dan individu/syarikat terbabit.

7. Penyata kewangan akan diserahkan kepada pemodal setiap bulan, khusus bagi cawangan yang terlibat dengan perkongsian yang membabitkan pemodal sahaja.

8. Pemilihan lokasi menjadi hak RFC untuk menentukannya. Namun pemodal boleh mengemukakan cadangan.

9. Tempoh perkongsian ialah lima tahun. Selepas lima tahun, bayaran balik modal akan dibuat oleh RFC kepada pemodal dalam tempoh tidak lebih enam bulan dari tarikh tamat perkongsian. Lanjutan perkongsian selepas itu bergantung kepada persetujuan semula kedua belah pihak dan dengan caruman modal baru yang ditetapkan oleh RFC.

10. Jika pemodal berhasrat menarik balik modalnya sebelum tempoh perkongsian tamat (iaitu 5 tahun), RFC hanya akan membuat bayaran balik dalam tempoh setahun dan tiada sebarang keuntungan akan diberikan kepada pemodal dalam tempoh bayaran balik itu (bermula dari tarikh pembatalan kontrak yang dipersetujui kedua belah pihak).

11. Akad Mudharabah terbina atas perkongsian untung dan rugi. Pemodal berhak mendapat untung kerana modal yang ia keluarkan dan RFC (sebagai 'Amil atau Mudharib) berhak mendapat untung kerana pengurusan (masa dan kerja) yang dijalankannya. Jika ditakdirkan urusniaga mengalami kerugian, kedua-dua pemodal dan RFC akan sama-sama menanggung kerugian; pemodal akan menanggung kerugian dari modalnya dan RFC menanggung kerugian dari (bebanan masa dan kerja) pengurusannya.

12. Perjanjian perkongsian Mudharabah ini hanya tertakluk dengan cawangan RFC yang berkait dengan pemodal (yakni cawangan yang ia menjadi menyumbang modal untuknya). Oleh demikian, pemodal tidak berhak ke atas cawangan-cawangan lain yang tiada kaitan dengannya dan begitu juga, tidak berhak menghalang RFC dari membuka cawangan-cawangan lain.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Tegas bukan keras dan Hikmah bukan lemah .
Tegas bermaksud mempertahankan kesucian Islam dan menzahirkannya disaat pelbagai pihak mencurigai kesucian Islam dan sebahagiannya pula berasa rendah diri untuk menonjolkan Islam, bimbang kalau – kalau non muslim tidak boleh menerimanya.
Tegas bersama hujjah syariah agar Islam tidak dipandang rendah justeru kita mulia dan hebat kerana Islam bukan kerana undi atau sokongan ramai . Saidina Omar al Khattab di hari menerima anak kunci Kota Baitil Muqaddas pernah menegaskan :
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغ عز بغير ما أعزنا الله أذلنا الله .
Kita adalah satu golongan yang diberikan kemuliaan ( kehebatan ) oleh Allah dengan Islam maka sesiapa yang mencari kemuliaan selain apa ( Islam ) yang dengannya Allah telah muliakan kita , nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita.
Keras menyebabkan orang lari dari perjuangan sebagaimana Allah sebut dalam Al Quran :
فبما رحمة من الله لنت لهم و لو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك .
Bukti rahmat dari Allah , dilembutkan hatimu terhadap mereka , jika engkau berhati kasar nescaya musuh akan lari dari sisimu.

Surah aali Imran . Ayat 159
Namun tegas pula diperlukan agar orang menghormati agama Allah swt. agama yang suci. Sebagaimana Allah swt. juga berfirman :
ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع أهوآء الذين لا يعلمون
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad ) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)
( Surah Al Jathiyah . Ayat : 18 ).
Nabi Kita Muhammad saw pernah memperlihatkan ketegasannya . Sabda Baginda saw :
لو وضعوا الشمس في يميني والقمر في يساري على أن أَتركَ هذا الأمرَ حتى يُظْهِرَهُ اللهُ أو أَهْلِكَ دُوْنَهُ .. مَا تَرَكْتُ
Sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku supaya aku meninggalkan urusan ( perjuangan ) agama ini sehinggalah Allah menzahirkannya ( memenangkannya ) atau aku binasa kerananya , sekali – kali tidak akan aku tinggalkan ( perjuangan ini ) .
Sirah ibnu Hisyam

Khamis, 9 Oktober 2008

Teh Manjakani.
Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakanya di import daripada India.Ia mempunyai sifat astringen,antiseptik dan hemostatik.Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan,peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.

Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi,senguh,sakit atau kelebihan asid urid .Kesan jangkapanjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh.Ini dapat dilihat setelah 1bulan mengamalkanya.InsyaAllah.


Dewan Fatimah zahra
Terletak di pejabat Kluang baru ,Kluang Johor.Dewan yang berada di tingkat 2 ini boleh memuatkan 140 orang peserta dalam sati-satu program.Dijangka siap untuk digunakan pada 14 hb oktober nanti.HPA mempelawa semua pemimpin dan ahli-ahlinya bagi memanafaatkan dewan ini sebaik mungkin untuk mengadakan program PBC,pic,pertemuan ataupun kursus-kursus kepimpinan.Disamping Ini dalam merialisasikan impian ke dua bagi menjadikan Kluang sebagai HPA Town sebanyak 10 buah homestay akan diadakan untuk kemudahan penginapan ahli-ahli semuanya.Bersebelahan dengan pejabat itu juga HPA menyewa untuk menyediakan hall yang lebih besar serta restoran RFC nanti InsyaAllah.

HPA akan buka cawangan dan RFC di Tesco
Hasil daripada perbincangan awal menampakan beberapa potensi baru seluruh Malaysia dengan pembukaan cawangan dan RFC .Dijangka pada tahun hadapan sebanyak 5 buah Tesko baru yang akan dimasuki oleh HPA.Hpa bukan menjual produknya kepada Tesko tetapi kita membuka cawangan kita sendiri untuk menjadi altenatif produk halal pada umat Islam yang berkunjung ke sana.Brand HPA dan Radix telah mula dikenali seperti masyarakat mengenali produk Adabi cuma HPA akan mempelbagaikan keluaranya bagi memenuhi kehendak
seisi rumah.InsyaAllah.
Radix Fried Chicken

ABOUT US
MENU
MIX DELIGHT
SHOP
PROMOSI
TIPS
CONTACT US


Radix Fried Chicken Sdn Bhd adalah Syarikat Milik Penuh HPA Industries Sdn Bhd.


.: Profil HPA :.




Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

Tn. Hj. Ismail bin Ahmad (Pengarah Urusan)

Kompleks HPA, Jejawi Dalam, Perlis




Kilang "GMP" HPA, Kuala Perlis

Pekerja di Kilang HPA, Kuala Perlis sentiasa menjaga standard "GMP"nya.

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
Kilang syarikat HPA terletak di alamat
1)B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia.
2)Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis,
3)Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
4)Kilang Cola Radix, Kaw.Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani Kedah
5)Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi Kota Kinabalu, Sabah
6)Kilang Air Mineral HPA,Batu 14 Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
7)Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah
Kini Jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.
Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih, telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar iaitu :-



1.
Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd

2.
Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd

3.
Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd

4.
Pengurus Besar Akaun

5.
Pengurus Besar PT Wahida Indonesia.

6.
Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS








Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa Pengurus, Penyelia dan juga Eksekutif dilantik iaitu:-


1.
Pengurus HPA Industries Sdn. Bhd
2.
Pengurus Pembelian
3.
Pengurus Pinjaman
4.
Pengurus Zon Utara
5.
Pengurus Zon Tengah
6.
Pengurus Zon Selatan
7.
Pengurus Zon Timur
8.
Pengurus Zon Luar
9.
Pengurus HPA Food & Beverage Sdn. Bhd
10.
Pengurus Akaun HPA Industries Sdn. Bhd
11.
Pengurus Akaun Al Wahida Marketing Sdn. Bhd
12.
Pengurus Pentadbiran
13.
Pengurus Jabatan Kawalan Kredit (JKK)
14.
Pengurus Sumber Manusia
15.
Pengurus Pembangunan & Pengangkutan
16.
Pengurus Latihan & Promosi
17.
Pengurus Bahagian Kopi Radix
18.
Pengurus Bahagian Kopi O
19.
Pengurus Penyelidikan & Pembangunan (R&D)
20.
Pengurus Sistem Pengurusan Maklumat (MIS)
21.
Pengurus Bahagian Stor (Kuala Lumpur)
22.
Pengurus Bahagian Sabun
23.
Pengurus Bahagian Kosmetik
24.
Pengurus Bahagian Kordial
25.
Penyelia Bahan Mentah
26.
Penyelia Bahagian Kit Niaga
27.
Penyelia Bahagian Stor
28.
Penyelia Bahagian Biskut
29.
Penolong Pengurus Pentadbiran
30.
Penolong Pengurus Sumber Manusia
31.
Penolong Pengurus Bahagian Kapsul
32.
Pengurus HPA IT @ Multimedia
33.
Eksekutif Pembelian
34.
Eksekutif Latihan
35.
Eksekutif Pegawai Pendaftar
36.
Eksekutif Kualiti





Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.
Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, 81 produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.






Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.





HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui initiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan. HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga JUN tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak 70 buah cawangan.Termasuk 5 Cawangan Di Indonesia dan 1 Di Brunai. Stok AGEN kini lebih dari 1200 Orang. Dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500,000 orang





"Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas"- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

----------------------------------------------------------------------------------------------------
KILANG KOPI RADIX HPA BEROPERASI SECARA AUTOMATIK : HPA telah mengorak langkah setapak lagi ke hadapan apabila berjaya meningkatkan pengeluaran Kopi Radix dengan menggunakan mesin secara automatik. Perasmian kilang tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad pada 24 September 2008 yang lalu. . (( baca lagi ))
TEH MANJAKANI: Sinergi dua jenis herba utama, iaitu Manjakani dan Kacip Fatimah telah menghasilkan Teh Manjakani. Manjakani sangat berkhasiat untuk digunakan oleh lelaki dan wanita kerana ia mempunyai zat-zat pemakanan yang tinggi untuk kesihatan.((Baca Lagi))
(Oktober 2008)Jadual Terkini Perkongsian Bijak Cermelang (PBC), Perkongsian Ilmu Cermelang (PIC), Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) SIJIL HERBALIS kali ke 15, Kiropratik, Anjuran Kolej Perubatan Jawi, Rujuk JADUAL
Program Herbalis dan krusus Kiropraktik
Program herbalis pula akan diadakan pada 1 - 25 hb Disember dengan kendalian daripada para doktor HPA.Program kali ini akan diadakan di dewan Fatimah Zahraa Kluang johor.InsyaAllahKursus kiropraktik kali kedua juga akan diadakan ditempat yang sama pada 15 dan 16 November.Dewan Fatimah zahraa hanya memuatkan sejumlah 150 orang peserta sahaja.Oleh sebab itu mereka yang mendaftar dan membuat bayaran awal sahaja akan diterima mengikuti kursus ini.Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi HQ(cik Azira)untuk tujuan tempahan tempat.TK.
Posted by JawiHerbShop at Sunday, September 21, 2008
Perkongsian Ilmu Cemerlang
PIC terakhir bagi tahun 2008 akan diadakan pada 25 dan 26 oktober akan datang.Mereka yang berminat untuk mengikuti program ini boleh menghubungi HQ bahagian latihan(cik Azira).PIC kali ini akan ditambah dengan ilmu kiropraktik selain daripada pengetahuan produk,MLM dan pengubatan Islam.Bagi PJS yang belum pernah mengikuti PIC ,saya mencadangkan agar memantapkan diri dengan ilmu pengubatan herba dari masa kesemasa.PIC akan diadakan di Sungai Petani (Dewan Omar Mokhtar) dan latihan riadah penafasan pula akan diadakan di padang Laguna Merbuk.InsyaAllah.Mereka yang berminat hendaklah membuat tempahan tempat terlebih dahulu sebelum terlambat kerana PIC kali ini akan dihadkan kepada 200 penyertaan sahaja.
Posted by JawiHerbShop at Sunday, September 21, 2008
latihan di Jawi Herbshop
JHS kini menawarkan latihan amali kepada bekas-bekas pelajar sijil herbalis yang lepas.Tempoh masa Latihan ini tergantung kepada masa pelatih tersebut.Ia akan dibimbing terus bagi memahami rawatan dan ubatan yang sesuai dengan sesuatu penyakit.Tempat tinggal percuma dan kos makan,minum dan pengangkutan adalah dengan pembiayaan sendiri.Latihan amali ini termasuklah pengenalan kepada 50 jenis herba,mengenali penyakit,diskusi pengubatan dan kajian kes dari masa kesemasa.Herbalis yang berminat boleh menghubungi 1. Hafiz : 01348999172. Suhairi: 0134239717

Pengeluaran Ayam organik HPA

Target keluaran ayam semasa HPA Farm ialah sebanyak 500,000ekor/sekali pusingan(5 minggu)Jumlah ini di perlukan bagi menampung bilangan cawangan HPA sebanyak 150 buah menjelang jun 2009.Namun bagitu target sebenar ialah sejuta ekor bagi tempoh terdekat memandangkan pemintaan semasa yang tinggi dan keperluan RFC.

Taburan penternak ayam masakini ialah di Terengganu,Kelantan,perlis,kedah,Penang dan Perak utara.HPA Farm masih mempelawa penternak-penternak ayam yang berpengalaman bagi menyertai skim payung ini.Untuk pengetahuan kita,kerajaan terpaksa mengeluarkan AP bagi membolehkan ayam luar negara dibawa masuk akibat kekurangan suply ayam pada musim perayaan.

JawiHerbShop

Permintaan melebihi keluaran

Kapasiti kilang cola radix tak mampu untuk memenuhi pemintaannya menjelang bulan Syawal.Dijangka dalam masa terdekat HPA terpaksa mengadkan 2 line lagi untuk mencukupi kehendak semasa.Pemintaan yang tinggi ini berikutan dengan sambutan hari raya aidil Fitri yang akan tiba seminggu lagi.Pemintaan yang luar biasa ini sukar dijangka diperingkat awal kerana kita baru sahaja melibatkan diri dalam industri ini.
Target pengeluaran untuk sebulan ramadhan telah dicapai dan kepada para pengedar saya ucapkan terima kasih dan kita terus beropesai 2 shif sampai di malam raya.nsyaAllah terus perjuangan.

JawiHerbShop

Tazkirah Ramadhan "Jangan kau tahan hak Allah padaku"

Kenapa tak mahu menyusu anak sendiri? anak yang datang dari darah daging ibu dan ayahnya sepatutnya tidak ditahan haknya pada rezeki itu.Penahanan hak anak akan dituntut diakhirat kelak dan si ibu maupun bapa perlu menyediakan penjelasan yang membolehkan mereka berlepas diri dari mahkamah Allah yang Maha Adil.

Mari kita sama-sama menyemak apakah terdapat hadis-hadis yang menerangkan berupa siksa pada ibu yang enggan memberikan hak anaknya itu.Anak kecil yang tidak tahu memprotes langsung memberi kepercayaan pada si ibu tetapi bukan susu segar dari tubuh ibu yang diberikan malah daripada susu tepung dengan pelbagai formula yang diterima.

Anak itu terus meminumnya kerana disangkan itu adalah susu ibunya tapi hari ini anak tersebut sudah tidak berkata-kata lagi kerana ternyata susu tepung itu mengandungi racun yang membunuh manusia.

Oh..ibu..."jangan kau tahan Hak Allah padaku"

Susu ibu penyubur kesih sayang,cinta si anak sepanjang zaman.

Bagi mereka yang tidak banyak susu InsyaAllah minumlah set bersalin HPA ditambahi spirulina dan omega 3.InsyaAllah.

JawiHerbShop

Selasa, 7 Oktober 2008

HPA terus berkembang.

Perancangan HPA dalam masa terdekat:-
1. Perasmiaan El zaharaa Hotel
2. Perasmian Restoran Bariani organik
3. Perkongsian Ilmu Cemerlang.
5. Kilang kopi fully outomatik mula beroperasi
6. Teh Manjakani dipasarkan.
7. Kilang kola Radix tambah satu line lagi pengeluaran
8. Persediaan pembukaan kilang ais krim
9. Perasmiaan radix koko
10. Pembukaan 3 outlet RFC
11. Sasaran penternakan 500 ribu ekor ayam satu pusingan.
12. pembukaan kilang kordial di Sungai Petani.
13. pemohonan 20 permit bas pesiaran oleh Ilham Holiday
14. Rumbungan dagang ke China
15. Insentif ke New Zealand
16. Kuliah bekam di Mesir
17. HPA perkenalkan plantisol gold.
18. Indonesia dijangka import 6 kontena kopi sebulan
19. Pembukaan HPA Town di Kluang
20. Pembukaan kilang plastik.
21. Pelajar tajaan HPA di cina mula belajar di Universiti
22. Perangcangan penubuhan universiti Teknologi HPA.
23. Pembukaan cawangan baru sebulan 5 buah akan tercapai.
24. Tribunal PJS akan mengemukan plan mencapai 17 juta.
25. Hampir semua kilang HPA kerja 2 shif sehari.
26. Pembentangan plan Radix cafe dan Radix Shop untuk pengedar.
27. Koop akan menambah pelaburan ahli ke 10 juta.
28. Memperkenalkan konsep pasar moden (RFC dan cawangan) dan lain-lain lagi.InsyaAllah.Doakan kejayaan kita bersama.Amin.


Sumber:
http://jawiherbshop.blogspot.com/