Rabu, 27 Mei 2009

KELEBIHAN MADU

• Madu banyak mengandungi vitamin yang diperlukan untuk kesihatan dan dapat membantu penyembuhan hampir semua penyakit termasuk berkaitan dengan paru – paru, urat saraf dan mampu meningkatkan tenaga seseorang.

• Menurut kajian, madu merupakan kumpulan vitamin yang paling kuat dan paling bersih antara vitamin – vitamin yang lain.

• Madu juga merupakan minuman paling lazat dan mengandungi zat makanan yang paling lengkap serta dapat membantu proses pemulihan tenaga tubuh.

• Madu mampu membersihkan toksid yang ada dalam urat – urat darah dan perut.

• Madu banyak mengandungi vitamin A, B, C dan B Kompleks (B, B2, B3, B5 dan B6) vitamin E, K: dan Enzim disamping pelbagai jenis mineral seperti, Phosphorus, Potassium, Kalsium, Sulfur, Iron, Copper, Magnesium, Manganese dll.

• Menurut Ibnu sina, Tokoh Perubatan Islam, madu perlu untuk kekuatan tubuh dan amat baik untuk orang yang berusia lanjut.

• Bagi orang Yunani, madu dapat memanjangkan umur dan memulihkan keremajaan.

• Selain itu madu baik untuk kesihatan kulit, melambatkan penuaan, menguatkan urat saraf, membantu selera makan, proses pencernaan, melancarkan kencing, mengubati penyakit mental dan stress dan baik untuk daya ingatan.

KELEBIHAN MADU


· Madu banyak mengandungi vitamin yang diperlukan untuk kesihatan dan dapat membantu penyembuhan hampir semua penyakit termasuk berkaitan dengan paru – paru, urat saraf dan mampu meningkatkan tenaga seseorang.

· Menurut kajian, madu merupakan kumpulan vitamin yang paling kuat dan paling bersih antara vitamin – vitamin yang lain.

· Madu juga merupakan minuman paling lazat dan mengandungi zat makanan yang paling lengkap serta dapat membantu proses pemulihan tenaga tubuh.

· Madu mampu membersihkan toksid yang ada dalam urat – urat darah dan perut.

· Madu banyak mengandungi vitamin A, B, C dan B Kompleks (B, B2, B3, B5 dan B6) vitamin E, K: dan Enzim disamping pelbagai jenis mineral seperti, Phosphorus, Potassium, Kalsium, Sulfur, Iron, Copper, Magnesium, Manganese dll.

· Menurut Ibnu sina, Tokoh Perubatan Islam, madu perlu untuk kekuatan tubuh dan amat baik untuk orang yang berusia lanjut.

· Bagi orang Yunani, madu dapat memanjangkan umur dan memulihkan keremajaan.

· Selain itu madu baik untuk kesihatan kulit, melambatkan penuaan, menguatkan urat saraf, membantu selera makan, proses pencernaan, melancarkan kencing, mengubati penyakit mental dan stress dan baik untuk daya ingatan.

Ahad, 3 Mei 2009

· FIRMAN ALLAH: “Demi diri manusia dan Yang Menyempurnakan kejadiannya(dgn sempurnanya);serta Dia m’ilhamkannya (utk mengenal) jln yg m’bawanya kpd kejhtn,dan yg m’bawanya kpd btaqwa;sesungguhnya b’jayalah org yg m’jdkn dirinya -yg sedia bersih– b’tambah-tambah bersih(dgn iman dan amal kebajikan),dan sesungguhnya rugilah org yg m’jadikn dirinya -yg sedia bersih- itu kotor dan t’benam kebersihannya (dgn kekotorn maksiat)”(QS91:7-10)

Allah sayang kita, sebab tu Allah letakkan kita dalam situasi2 yang mungkin macam menyusahkan kita. Tapi sebenarnya situasi2 ini datang sebagai peringatan….ada hak-hak yang perlu dan mampu kita tunaikan tapi kita lupa. Supaya bila hak-hak ini tertunai, kita lebih dekat denganNya. Bukankah itu impian kita? Sedarlah wahai diri, Allah sedang tunaikan impian kita, sebab Allah sayang kita, without limits.

Allah sayang kita, sebab tu Allah letakkan kita dalam situasi2 yang mungkin macam menyusahkan kita. Tapi sebenarnya situasi2 ini datang sebagai peringatan….ada hak-hak yang perlu dan mampu kita tunaikan tapi kita lupa. Supaya bila hak-hak ini tertunai, kita lebih dekat denganNya. Bukankah itu impian kita? Sedarlah wahai diri, Allah sedang tunaikan impian kita, sebab Allah sayang kita, without limits. [say: thank you Allah ]

Janganlah Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna.......moga kejayaan milik kita bersama

Sabtu, 2 Mei 2009

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani.Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asaKecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.

Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.Wallahualam

Jumaat, 1 Mei 2009

SEBAIK – BAIK

REZEKI

DARI Miqdam Radiallahu anhu, daripada Rasulullah, “ Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang sekali – kali tidak, yang lebih baik daripada memakan hasil usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya nabi Allah, Daud Alaihi Salam makan daripada hasil usaha tangan baginda sendiri.”

( Riwayat Bukhari )

Alangkah seorang Nabi dan Rasul seperti Nabi Daud dan Nabi Muhammad boleh bekerja mencari rezeki untuk menyara kehidupan, maka apatah lagi manusia? Bukankah teladan dan contoh itu sudah ditunjukkan oleh rasul – rasul terdahulu?

Nabi Muhammad ketika muda pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan menjadi saudagar. Nabi Daud pula terkenal sebagai tukang besi. Mereka bekerja menggunakan tulang empat kerat mereka sendiri untuk mencari rezeki, tanpa menyusahkan orang lain.

Allah tegaskan, muka bumi ini sebagai tempat mencari rezeki

seperti firman - Nya

“ Kami telah jadikan untukmu semua di dalam bumi itu sebagai lapangan mengusahakan kehidupan. Tetapi sedikit sekali di antara kamu yang berterima kasih.”

( Surah A`raf : 10 )

Mudah – mudahan kita semua dapat membuka mata, bahawa rezeki yang paling terbaik yang akan kita masukkan kedalam mulut kita dan menjadi darah daging kita, sebaik – baiknya haruslah daripada usaha kita sendiri !