Rabu, 29 April 2009

Dia Yang Aku Cintai

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud,


“Demi allah yang jiwaku di tangan – Nya, tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya sendiri.”

( riwayat al-bukhari & muslim )


Orang – orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang, kurang peka perbezaan, lagi tipis perikemanusiaannya.

Berbeza halnya dengan orang yang dikurnia akan Allah dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan.

Rasulullah, contoh nya dikenali sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan lembut hatinya. Sudahkah kita berusaha mengamalkan dan mencontohi sikap baginda yang sangat terpuji itu hingga cinta kita pada Rasulullah bukan sekadar cinta buta, tapi cinta yang melahirkan ketaatan pada Allah dan sikap mulia dalam kehidupan kita sehari – hari? Jika direnung, tidak wajar kita mengatakan bahawa kita mencintai Rasulullah sedangkan dalam kehidupan seharian, kita sering melanggar nasihat – nasihat baginda?

Kecintaan kita pada baginda selama ini hanya cinta bersahaja, bukan cinta biase seperti cinta kita kepada anak – anak atau manusia yang lain. Sedangkan kecintaan Rasulullah pada kita umatnya amat mendalam dan luar biasa, hingga disebut – sebut oleh baginda hingga nafas yang terakhir!

Ahad, 26 April 2009

KURANG AKAL, KURANG AGAMA


DARI Abdullah bin Umar katanya, rasulullah telah bersabda yang bermaksud,

“ wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu dan banyakkan lah beristigfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.”

Seseorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya, “ wahai rasulullah, mengapa kami iaitu kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”

Rasulullah bersabda, kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal & agama yang lebih menguasai pemilik akal, golongan kamu..”

Wanita itu bertanya lagi, “ wahai rasulullah, apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?”

Rasulullah bersabda, “ maksud kekurangan akal adalah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal.. begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam – malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama..


( Hadis Riwayat Muslim )


Wanita adalah makhluk yang unik, diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki. Lemah nya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah.

Ketika mereka dalam haid atau nifas serta tidak dapat menjalankan ibadah solat & berpuasa, mereka sebenarnya masih boleh menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah.

Perempuan juga dikatakan lemah akal nya kerana mereka mudah terpengaruh, tertipu & terpedaya. Ini kerana mereka dikurniakan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki.

Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya yang membezakan antara makhluk Allah adalah nilai ketakwaan mereka..


Rabu, 22 April 2009

"Keredhaan Allah Hanya Dengan Redha Mereka"

Kehidupan manusia sememangnya sentiasa berputar. Dari alam rahim, manusia dilahirkan ke dunia, dewasa dan akhirnya kembali semula menghadap pencipta sekalian alam..
Bak kata pepatah, pagi berkaki empat, tengah hari berkaki dua dan petang pula berkaki tiga. Waktu kecil kita merangkak sebelum berlatih untuk berjalan dan berlari meniti kehidupan di dunia yang fana ini. Setelah mencapai usia tua, kekuatan jugs turut terhakis dengan engsotan umur, lantas terpaksalah dibantu oleh tongkat untuk bergerak kesana sini. Itulah kehidupan bagi yang diberi peluang untuk meniti usia emas. Seiring dengan beredarnya waktu dan meningkatnya umur, daya ingatan juga semakin pudar dan kabur. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, penyakit sering lupa akan datang bertandang. Tidak siapa pun yang inginkan keadaan sebegitu datang bertandang, namun takdir Ilahi siapalah yang mampu menghalang..
Namun begitu, ia merupakan penghapus dosa – dosa silam kita semua, cumanya ia menuntut agar kita semua sabar dalam menghadapi semua ini, dan mampu untuk bertahan dengan cubaan ini. Justeru, kita digalakkan agar sentisa berdoa agar kita dihindari oleh penyakit tersebut, kerana ia akan menyusahkan orang lain.
Apa yang penting disini peranan golongan muda khasnya anak – anak yang selama ini dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh kedua orang tua nya. Inilah masanya, peluang untuk kita membalas jasa insan yang selama ini bergadai nyawa, kudrat dan harta untuk membesarkan kita dari tapak kaki sebesar dua jari hingga kini kita mampu menyandang jawatan tertinggi di dalam sektor korporat atau apa jua jawatan. Usahlah kamu bersikap umpama kacang lupakan kulit, Berbaktilah kamu semua kepada ibu bapa kamu, sementara kita semua berkesempatan untuk berbuat begitu. Sesungguhnya syurga kita semua di bawah telapak kaki ibu. Redha Allah hanya mampu dimiliki dengan keredhaan mereka..

Selasa, 14 April 2009

Daripada Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki." (Riwayat Bukhari) Para ulama hadith memberi dua pendapat kepada maksud "maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki" 1. Jika tidak malu, maka maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki, maka Allah akan memberi balasan ke atas setiap perbuatan, seperti di dalam Surah Fussilat ayat 40. 2. Jika perbuatan tersebut tidak memalukan sesiapa, tidak mendatangkan malu kepada diri sendiri, Allah atau Rasul atau orang lain, kerana perkara itu perkara baik, maka lakukan.

Wallahu'alam.


Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...


Dari sebiji benih berupa kebencian.., terus bencambah dan melahirkan tunas kebencian.., dari tunas kebencian.., membesar dan mengeluarkan daun kebencian.., dari daun kebencian.., membesar dan mengeluarkan bunga kebencian.., dari bunga kebencian.., mengembang dan menyebarkan benih kebencian.., akhirnya, benih kebencian tersebut.., mula bercambah dan bertunas.., sehingga lah satu masa nanti.., menghasilkan sebiji benih kehancuran..,


"Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah. Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin…"