Isnin, 10 November 2008

Kisah Ketaatan Seorang Isteri

Kisah Ketaatan Seorang Isteri
Suatu kisah mengenai ketaatan seorang isteri kepada suaminya.
Pada suatu,hari apabila suaminya keluar dari rumah,dia berpesan kepada isterinya
supaya tidak keluar meninggalkan rumah mereka.Pada ketika itu,si isteri menerima pesanan dari seorang utusan,bahawa ayahnya sedang sakit tenat.Apabila mengingatkan pesanan suaminya supaya tidak keluar rumah,dia mendapatkan nasihat daripada Rasulullah S.A.W
Baginda bersabda, "Taati perintah suamimu."
Ditakdirkan Allah S.A.W,ayah perempuan tadi meninggal dunia.Disebabkan pesanan daripada suaminya,dia tidak keluar dari rumahnya.Sekali lagi dia mendapatkan nasihat daripada baginda Rasulullah.Baginda bersabda,"Taati suamimu."
Disebabkan ketaatan kepada perintah suaminya,Rasulullah S.A.W. mengkhabarkan kepadanya,segala dosa ayahnya diampunkan oleh Allah S.W.T kerana dia isteri yang taat kepada suaminya.

Khamis, 6 November 2008

Bingkisan Untuk Wanita

Ada 30 larangan ke atas kaum wanita yang perlu dipatuhi.pun begitu,pada hari ini ia seolah-olah
sudah menjadi'trend'yang mesti diikuti oleh golongan wanita.Larangan-larangan itu ialah;


  1. Menyambung rambut palsu.
  2. Bertatu,mencukur kening,mencabut bulu pada wajah & mengikir gigi.
  3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi.
  4. Memperlihatkan perhiasan ataupun bersolek di depan lelaki lain.
  5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama.
  6. Membuka rahsia hubungan suami isteri.
  7. Berpuasa sunat tanpa izin suami.
  8. Membelanjakan harta suami,tanpa izin suami.
  9. Derhaka kepada suami.
  10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas.
  11. Mengingkari kebaikan suami.
  12. Bersama lelaki yang bukan mahram.
  13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya dengan pandangan syahwat.
  14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram.
  15. Menyerupai lelaki.
  16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami.
  17. Memandang aurat wanita lain.
  18. Keluar rumah tanpa ada keperluan.
  19. Masuk tempat mandi awam.
  20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah.
  21. Meratapi kematian.
  22. Berhias kerana kematian seseorang.
  23. Menghantar jenazah ke kubur.
  24. Mempercayai dukun dan peramal nasib.
  25. Meyumpah anak-anak sendiri.
  26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim.
  27. Menganaiaya pembantu.
  28. Mengganggu jiran tetangga.
  29. Meminta cerai kerana suami sakit.
  30. Meminta cerai kerana suami berpoligami.