Selasa, 25 Ogos 2009

Biar sedikit asalkan halal

Dari Abu Said al-Khudri katanya
,

Rasulullah berdiri lalu baginda berpidato kepada orang ramai. Sabda baginda,

“ Demi Allah! Tidak ada yang aku khuatiri terhadap kamu sekalian melainkan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada kamu sebagai perhiasan dunia.”
Seorang lelaki bertanya,

“ Ya Rasulullah, adakah mungkin sesuatu yang baik mendatangkan bencana?”

Mendengar pertanyaan itu, Rasulullah terdiam seketika. Kemudian baginda bertanya kembali,
” Apakah yang kamu tanyakan tadi?” Orang itu mengulangi soalannya,

“ Adakah mungkin sesuatu yang baik mendatangkan bencana?”


Jawab Rasulullah, “ Sesungguhnya sesuatu yang baik itu memang mendatangkan kebaikan. Tetapi apa yang kelihatan baik belum tentu selamanya baik. Rumput yang tumbuh di musim hujan, tiba – tiba dapat menbunuh binatang ternakan atau membinasakannya. Kecuali bagi binatang yang memakannya sampai kenyang, kemudian ia berhenti, lalu menghadap kearah matahari, berak atau kencing, sesudah itu barulah dia makan kembali. Sesiapa yang mendapat harta dengan jalan yang halal, dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang memperolehnya denagn jalan yang tidak halal, maka contohnya seperti orang yang makan, dan tidak pernah merasa kenyang.”

( Riwayat Muslim )

Isnin, 17 Ogos 2009

Kalau Dahi Tak Cecah Sejadah


Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia..... .

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!


Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!