Isnin, 26 Januari 2009

Katakanlah, kita memiliki wang Lima Puluh ringgit. Tiba – tiba datang seseorang yang memohon pertolonggan dari kita. Terkesankah kita dengan kesusahannya, adakah kita menghulurkan bantuan pada yang memerlukan bantuan. Adakah kita akan menghulurkan separuh pada wang kita, iaitu Dua puluh Lima ringgit.???

Maka yang tinggal buat kita ialah bakinya dua puluh lima ringgit lagi.. Dengan itu, apakah wang kita akan bertambah atau berkurang?

Tentu sahaja jawapan kita ialah berkurang.. Jumlah wang kita telah susut dua puluh lima ringgit..
Itulah jawapan kita.. Tetapi bukan itu “ JAWAPAN “ Allah.
Bagi Allah, sekiranya hati kita ikhlas membantu, wang kita tidak akan berkurang, malah semakin bertambah. Perhatikan benar – benar maksud firman Allah ini:

“ Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap – tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat ganda kan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya.”

(Surah al – baqarah : 261)

Dilihat dengan pandangan biasa, memang wang kita akan menyusut, tetapi pada pandangan mata hati, wang kita sebenarnya bertambah. Bertambah bukan setakat sekali, dua kali atau tiga kali ganda, bahkan tujuh ratus kali ganda. Jika di nisbahkan secara matematik wang RM25 kita telah “bertambah” menjadi RM 17,500!

Rezeki yang Cukup vs Rezeki yang Tidak Cukup – Cukup!


Bagaimana boleh jadi begitu??? Dan yang lebih kritikal lagi apakah ia benar berlaku???
Rezeki yang “ bertambah “ tidak boleh dilihat dari segi jumlahnya sahaja. Tetapi harus dilihat dari pelbagai dimensi, secara holistic. Yang paling penting mari kita lihat dari segi keberkatannya..

Ya, dalam soal rezeki, bukan soal banyak atau sedikit sahaja yang harus dipertimbangkan, tetapi sama ada berkat atau tidak. Kalau rezeki sudah berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh di agih – agihkan. Berbanding rezeki yang hilang berkat, sedikitnya tidak mencukupi banyak nya tidak puas.. Inilah penyebab berlakunya rasuah di kalangan orang atasan – bila si kaya harta, masih miskin jiwa akibat terhakis keberkatan rezekinya..

Kita yakin Allah adalah Al – Razzak ( Maha Pemberi Rezeki ) dan Al – Wahhab ( Maha Pemberi).
Apabila seseorang insan memberi kepada insan lain hanya kerana ingin mendapat keredhaan Allah, maka Allah akan “ menggantikan “ pemberiannya itu dengan sesuatu yang lebih baik , malah lebih banyak, mungkin tidak dari segi kuantitinya, tetapi boleh jadi kualitinya. Secara mudah, ini yang dimaksudkan dengan barakah ( sesuatu yang bertambah dan baik )..

Tepat sekali apa yang pernah diugkapkan oleh sayidina Ali :

“ Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah.”

Justeru, boleh dikatakan rezeki itu bukanlah sesuatu yang kita terima, sebaliknya apa yang kita berikan. Semakin kita berikan, rezeki ( boleh jadi dalam bentuk harta, ilmu ,masa , tenaga ) akan semakin “ bertambah “, apabila dibelanjakan di jalan Allah. Rezeki yang kita simpan, hakikatnya belum tentu kepunyaan kita. Mati itu datang dengan tiba – tiba. Sebaik kematian datang, rezeki kita sudah bertukar tangan, menjadi pusaka, warisan setelah difaraidkan!


Perhatikan betapa ada orang yang pendapatnya kecil sahaja, tetapi oleh kerana berkat, hidupnya terarah,
anak – anaknya yang baik, isterinya yang solehah dan kehidupannya tenang walaupun tidak kaya.

Ada pula si kaya yang menpunyai wangnya melimpah ruah namun “ kaya “ juga dengan masaalah. Isteri melawan cakap, anak – anak semakin liar, para pekerjanya semakin menipu, orang gajinya sering lari dan seribu satu lagi masaalah hidup. Dan anehnya kekadang duitnya dirasakan tidak pernah cukup – cukup..

Kalau kita diberi pilihan mana satu keinginan kita, antara rezeki yang cukup dengan rezeki yang tidak pernah cukup – cukup???
Tepuk dada Tanyalah iman

Rabu, 14 Januari 2009

APA ITU CINTA
"Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).Mengapa bercinta?Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan.Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.
2. Apa matlamat Anda bercinta?* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah.Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.
3. Mengapa Anda Bercinta?* Kerana ALLah?* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?* Kerana empunya diri itu sendiri?* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.
4. Apa Modal Untuk Bercinta?* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.
5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?* Seminggu?* Sebulan?* Tiga, empat tahun?* Sehingga habis belajar?* Cinta hingga ke akhirat?Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..
6. Kos Cinta* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,* Masa yang anda korbankan untuk sidia* Hati dan perasaanSikap Matang Dalam Mencari CintaWahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?) . Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta. Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALLAH dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?"

Selasa, 13 Januari 2009

>NAMA ITU DOA!!!! BACALAH TERUTAMA KEPADA 'MAT REMPIT'

IMAM MALIK dalam kitab Muwatta' ada merakamkan satu perbualan antara Sayidina Umar dengan seorang lelaki. Siapa namamu? tanya Umar. Namaku Jamrah (bara). Bapamu? Tanya umar lagi. Syihab (anak api). Jawab lelaki itu sepatah. Kamu dari kaum mana? Aku dari kaum al-Harqah (kebakaran), jawab lelaki itu. Di manakah kamu tinggal? Lelaki itu menjawab, aku tinggal di Harratinnar (api yang membakar) iaitu di Zatilazha (nama neraka). Kemudian kata Umar, pulanglah segera ke kampungmu kerana kampungmu sedang terbakar! Sesungguhnya benarlah bahawa Islam itu suatu agama yang cukup sempurna hatta ilmu menamakan seseorang turut diajar dan tidak terlepas pandang. Pada perspektif Islam, nama bukanlah sekadar identifikasi diri agar kita dikenali dengan nama tersebut bahkan ia mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan keperibadian luaran dan dalaman kita, sebagaimana cerita Sayidina Umar di atas.

Malah turut diceritakan dalam Sahih Bukhari bahawa seorang sahabat Nabi iaitu Ibnul Musaiyib sangat menyesal kerana tidak mendengar nasihat Nabi agar menukarkan namanya dari Hazan (dukacita) kepada Sahil (mudah). Hal demikian ini kerana sampai sekarang jiwanya sentiasa susah hati dan bersedih.

Justeru itu, Islam melarang menamakan anak atau menamakan diri sendiri dengan nama yang tidak mempunyai maksud yang baik apatah lagi yang tidak memberi citra peribadi kepada umat Islam. Islam melarang nama yang berunsur penyembahan selain Allah Taala seperti nama-nama berhala, nama-nama dewa. Nama tunggal bagi Allah atau nama-nama orang kafir, musyrik dan ahli maksiat juga tersenarai dalam nama-nama yang dilarang. Selain itu nama-nama yang mengandungi maksud yang mengada-ada, bombastik dengan niat bermegah-megah, takbur, taksub dan meninggikan diri daripada orang lain turut ditegah.

Sesungguhnya nama adalah doa. Seorang ibu yang memanggil nama anaknya dengan baik akan menjadi doa kepada anak tersebut. Andai namanya Muhammad (mulia), panggilan itu seolah-olah menjadi doa agar anak itu dimuliakan Tuhan dan memiliki keperibadian yang mulia pula. Maka kerana itu nama mempunyai kaitan rapat dengan keperibadian seseorang. Rasulullah SAW pernah bersabda mengingatkan kita: "Sesungguhnya sebaik-baik nama kamu adalah yang disandarkan dengan nama Allah, umpamanya Abdullah atau Muhammad." (Riwayat Muslim)

Andai nama anak-anak kita atau sahabat-sahabat kita Muhammad atau Ahmad, maka janganlah sewenang-wenangnya dipendekkan pula menjadi 'mat' kerana ia memberi konotasi yang tidak baik. Suatu ketika, nama 'mat rempit' pernah heboh dibahaskan orang. Ramai yang menganggap bahawa gelaran 'mat rempit' tidak layak dipanggil 'mat' yang kononnya merupakan singkatan kepada nama Muhammad. Maka berbagai-bagai nama dicadangkan. Ada pula yang mencadangkan agar digantikan sahaja dengan 'kodok rempit', asosiasi dari pepatah 'mati katak' kerana merempit di jalan raya.

Andai kita memaknakan nama sebagai doa, maka elok sahaja dikekalkan nama 'mat' kepada kumpulan berani mati itu. Hal demikian ini kerana 'mat' dalam bahasa Arab itu sendiri bermaksud mati. Nah, lagi ramai yang menyebut 'mat rempit', kita sebenarnya sudah 'mendoakan' agar cita-cita mereka untuk segera mati itu dikabulkan Tuhan!

Walau bagaimanapun, tiada larangan meletakkan nama yang bukan berasal dari bahasa Arab selagi tidak membawa makna yang buruk. Tiada salahnya nama Mawar atau Ros di mata Islam andai kecantikannya dan harumannya itu menjadi kebanggaan keluarga dan suaminya. Begitu jugalah tiada salahnya seorang saudara baru itu mahu mengekalkan namanya andai nama tersebut membawa makna yang baik dan menjadi motivasi kepada dirinya dan agama Islam. Berilah mereka kebebasan tanpa sebarang paksaan sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri!

Sabtu, 10 Januari 2009

2. Berjihad Fisabilillah

Jihad adalah amal yang paling utama dan puncak ketinggian islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi jihad. Orang yang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah, sebaliknya sentiasa bangga menjadi seorang mujahidin.



3. Melindungi dan Membela Kaum yang Lemah dan Tertindas

Akhir-akhir ini golongan kafir sentiasa mencari peluang menindas dan menakluki negara serta umat - umat islam. Orang - orang yang soleh harus peka dan bersedia bertindak balas supaya umat - umat islam tidak akan ditindas dengan sewenang - wenangnya oleh golongan ini.

" Wahai lelaki yang soleh, sesungguhnya tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, langit dan gunung tidak mampu menanggungnya. Engkau sahaja yang sanggup tampil menyelesaikan tugas yang besar ini. Orang - orang yang lemah dan sedang ditindas sentiasa menantikan kehadiranmu. Mereka sentiasa berdoa supaya engkau segera tiba demi menjadi pembela bagi mereka."

Inilah laungan yang sentiasa didengari daripada golongan - golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh harus memainkan peranan mereka sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi kedaulatan islam.


4. Memimpin, Mendidik dan Berlaku Adil Terhadap Isteri

1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri - isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidup mereka menjadi isteri solehah.

2. Menangani isteri yang jahil dan degil dengan bijaksana sehingga mereka menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubah kesilapan mereka itu.

Itulah kaedah yang digariskan oleh umat Islam untuk mengatasi masalah ketidak sesuaian suami & isteri dalam kehidupan berumah tangga. Apabila mengahadapi sebarang kesulitan, lelaki yang soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata - mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki yang soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana serta sentiasa memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Dengan ini kebahagiaan rumah tangga dapat dikekalkan selama - lamanya.

Suami yang soleh akan sentiasa berkelakuan baik terhadap isterinya. Mereka akan menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Dia akan menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa mengembirakan hati mereka. Mereka juga akan bertanggungjawab menguruskan urusan rumah tangga, serta bekerjasama dengan isterinya dalam mendidik anak - anak.

Sabda Rasulullah S.A.W:

" Orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang berkelakuan baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku."

(H.R Ibnu Majah)

Isnin, 5 Januari 2009

KEUTAMAAN MENGHUBUNGKAN UKHUWAH


Imam syafie pernah memberikan wasiat, sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, maka die akan memperolehi sepuluh keutamaan iaitu:

  • Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada seseorang yang menghubungkan ukhuwah, begitu juga penduduk di langit.

  • Dapat menambahkan dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.

  • Dapat menambahkan dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.

  • Dapat menambahkan amal pahala selepas meninggal dunia kelak.

  • Dapat mengembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.

  • Dapat mencetuskan kegembiraan kepada kedua - dua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan mengembirakan hati orang yang beriman.

  • Allah akan melanjutkan usianya.

  • Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.

  • Disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.

Ahad, 4 Januari 2009

ISTERI YANG DERHAKA


Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda,

" Diperlihatkan ( Allah ) kepadaku akan neraka.Ketika itu aku lihat kebanyakkan isinya terdiri daripada perempuan - perempuan kafir." Baginda ditanya oleh seseorang, " Apakah mereka kafir kepada Allah?" Jawapa Rasulullah," Mereka kafir kepada karib ( suami ) dan ( tidak tahu berterima kasih ) atas kebaikan ( yang diterimanya ). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata," Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!"

( Riwayat Bukhari )


Pesanan Rasulullah, seseorang suami tidak boleh membenci isterinya sehingga sampai ke satu peringkat mahu menceraikannya hanya kerana satu kesalahan,kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isteri. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.


Seorang isteri yang taat pada kepada Allah, haruslah mentaati suaminya selagi si suami berada dalam landasan iman. Sekiranya kedua - dua ini dilaksanakan dengan baik,maka syurgalah baginya..


Sabda Rasulullah,

" Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, pasti ia masuk syurga dari belbagai pintu yang dikehendakinya."

( Riwayat Ibnu Hibban )

Perempuan yang bergelar isteri punya kewajipan yang besar dan penting terhadap suaminya. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki pula, mereka punya kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh mana kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.


Rasulullah bersabda,


" Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan - ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam kepada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Taala sampai ia ( wanita / isteri ) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaannya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang."

( Riwayat Al Bazzar )

Sabtu, 3 Januari 2009

DUNIA ADALAH TEMPAT UNTUK BERDAGANG


Kita dihidupkan bukan untuk tujuan bersuka - sukaan semata - mata.Sebaliknya kita didatangkan ke dunia untuk tujuan yang baik,berbuat kebajikan dan melaksanakan tuntutan Allah.



Rasulullah berpesan dalam sabdanya yang bermaksud,


"Hendaklah engkau jadikan dunia ini seolah - olah berdagang di negeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan.Ibnu Umar berkata, "Jika kamu berada di waktu petang,janganlah kamu tangguh ke waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu tangguh ke waktu petang.Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada di dalam keadaan sihat,sebagai persediaan di waktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati."

( Riwayat Bukhari )



Kata Rasulullah,jadikan dunia sebagai tempat berdagang,yang sudah tentu merujuk kepada galakan untuk mencari rezeki dan melaksanakan tuntutan hidup sebaik mungkin.Akhirat adalah destinasi akhir manusia,justeru sebelum sampai ke destinasi itu,buatlah persiapan rapi di dunia...



Dalam meniti kehidupan dan membuat persediaan di dunia,kita juga disuruh untuk melakukan kebaikan tanpa bertangguh - tangguh.Ini kerana perbuatan bertangguh - tangguh itu sendiri akan merugikan kita semua dan masa yang berlalu tidak dapat diputar kembali.

Khamis, 1 Januari 2009

Penghinaan Ke Atas Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam: Menguji Tahap Kecintaan Umat Islam Terhadap Baginda Sollallahu’alaihiwasallam



Keberaniaan musuh Islam menyerang Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam secara terang-terangan semakin menular di bumi Malaysia. Baru beberapa hari kita dikejutkan dengan kewujudan satu blog yang menghina batang tubuh Junjungan Besar Nabi Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam. Perkara yang menguji kesabaran umat Islam. Mungkin kita akan mendengar ulasan-ulasan yang berkaitan dengan penghinaan ini dari pelbagai lapisan masyarakat. Setakat ini, saya masih belum membaca ulasan-ulasan yang berkaitan dengannya. Terasa juga ingin menulis. Cuma keberadaan saya dalam musim yang semakin hampir dengan imtihan menyukarkan saya untuk menulis dengan panjang lebar mengenainya. Doakan semoga Allah Taala mempermudahkan saya untuk menulis di masa akan datang mengenai ketinggian peribadi seorang Insan Mulia yang dipilih oleh Allah Taala, Sayyidina Muhammad Rasullullah Sollallahu’alaihiwasallam.Mereka yang menghina Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam seolah-olah terlalu jahil mengenai kesempurnaan yang ada pada Baginda Sollallahu’alaihiwasallam. Sedangkan ianya diakui oleh semua manusia dari dahulu sehingga sekarang samada dari kawan mahupun lawan.


قال أحد من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم :
" لَأَنْ أُذْبَحَ أَوْ أُقْتَلَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يُشَاكَى مُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم بِشَوْكَةٍ "


Maksudnya: Berkata salah seorang dari sahabat: “Sekiranya aku disembelih atau dibunuh lebih baik dari Nabi Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam disakiti dengan sebatang duri”


قَالَ أَحَدُ المُشْرِكِيْنَ لِقُرَيْش:
" لَقَدْ دَخَلْتُ عَلَى كِسْرَى وَقَيْصَر وَرَأَيْتُ المُلُوكَ والأَكَابِيْرَ فَمَا رَأَيْتُ أَحَدًا يُعَظِّمُهُ أَصْحَابُهُ كَمَا يُعَظِّمُ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ مُحَمَّدًا "

Maksudnya: Berkata salah seorang dari musyrikin kepada kaum Quraisy: “Aku telah masuk bertemu Raja Parsi dan Raja Rom..dan aku melihat raja-raja dan pembesar-pembesar..Aku tidak pernah melihat seorang pun pengikut yang membesarkan mereka sepertimana pengikut Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam mengagungkan Muhammad…Sollallahu’aalaihi wa aalihi wasallam..”
Dalam ruangan kali ini, saya sekadar datangkan dua kata-kata di atas. Sekiranya ada masa, saya akan menyambungnya kembali. Saya sebenarnya sedang cuba menelaah buku ini;

"السيف البتار لمن سب النبي المختار- صلى الله عليه وآله وسلم- "
لأبي الفضل شيخ مشايخنا السيد عبدالله بن محمد بن الصديق الغماري



Semoga Allah Taala menambahkan kecintaan kita semua terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam. Amin.