Selasa, 10 Februari 2009
Masihkah kau ingat * tugu persahabatan yang kita bina * kita mengejar impian * tatkala berputik – putik janji * kita padukan dalam diri * sesungguhnya, antara kita tiada rahsia * segalanya kita luahkan * segalanya kita satukan * bibit – bibit pertelingkahan kita seselaikan bersama * hasad dan dengki kita jauhkan *
Teman...
Amat indah mengimbau kenangan lalu * seakan terpanggil untuk kembali * namun apakan daya * putaran masa memaksa diri * tiada lagi coretan indah darimu * memaksa ku menjadi putera sepi..
Teman...
Percayalah * demi tugu persahabatan yang kita bina * suka duka yang kita tempuh bersama * akan ku patrikan kemas dalam ingatan..
Teman...
Tak ku sangka * tak ku pinta * berakhir persahabatan kita yang suci ini * engkau telah pergi ke pangkuan ilahi……*
Rabu, 4 Februari 2009
Terbit fajar mula menyinsing…
Menyaksikan alam bergerak pantas,
Menjalankan kerja tanpa keberkatan,
Kian alpa… sujud pada yang Esa..
Beginilah dunia… dunia yang senja…
Wahai manusia,
Bangkitlah… buangkanlah sifat kejimu…
Larikan diri dari kekufuran,
Jangankankah membpersiakan hidup ini,
Hidup ini bagaikan lilin yang akan terpadam jua,
Mengapa masih ingin di belenggu dosa???
Bagunlah,
Bukakanlah minda mu,
Hapuskan mimoi pantasimu,
Memerdekakan kehidupan mu,
Dunia kini kian senja.
Tunggu masa… yang tiba!!!
Bersama – sama dajjal…!
Ini lah petanda akhir zaman..
Isnin, 26 Januari 2009
Maka yang tinggal buat kita ialah bakinya dua puluh lima ringgit lagi.. Dengan itu, apakah wang kita akan bertambah atau berkurang?
Tentu sahaja jawapan kita ialah berkurang.. Jumlah wang kita telah susut dua puluh lima ringgit..
Itulah jawapan kita.. Tetapi bukan itu “ JAWAPAN “ Allah.
Bagi Allah, sekiranya hati kita ikhlas membantu, wang kita tidak akan berkurang, malah semakin bertambah. Perhatikan benar – benar maksud firman Allah ini:
“ Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap – tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat ganda kan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya.”
(Surah al – baqarah : 261)
Dilihat dengan pandangan biasa, memang wang kita akan menyusut, tetapi pada pandangan mata hati, wang kita sebenarnya bertambah. Bertambah bukan setakat sekali, dua kali atau tiga kali ganda, bahkan tujuh ratus kali ganda. Jika di nisbahkan secara matematik wang RM25 kita telah “bertambah” menjadi RM 17,500!
Rezeki yang Cukup vs Rezeki yang Tidak Cukup – Cukup!
Bagaimana boleh jadi begitu??? Dan yang lebih kritikal lagi apakah ia benar berlaku???
Rezeki yang “ bertambah “ tidak boleh dilihat dari segi jumlahnya sahaja. Tetapi harus dilihat dari pelbagai dimensi, secara holistic. Yang paling penting mari kita lihat dari segi keberkatannya..
Ya, dalam soal rezeki, bukan soal banyak atau sedikit sahaja yang harus dipertimbangkan, tetapi sama ada berkat atau tidak. Kalau rezeki sudah berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh di agih – agihkan. Berbanding rezeki yang hilang berkat, sedikitnya tidak mencukupi banyak nya tidak puas.. Inilah penyebab berlakunya rasuah di kalangan orang atasan – bila si kaya harta, masih miskin jiwa akibat terhakis keberkatan rezekinya..
Kita yakin Allah adalah Al – Razzak ( Maha Pemberi Rezeki ) dan Al – Wahhab ( Maha Pemberi).
Apabila seseorang insan memberi kepada insan lain hanya kerana ingin mendapat keredhaan Allah, maka Allah akan “ menggantikan “ pemberiannya itu dengan sesuatu yang lebih baik , malah lebih banyak, mungkin tidak dari segi kuantitinya, tetapi boleh jadi kualitinya. Secara mudah, ini yang dimaksudkan dengan barakah ( sesuatu yang bertambah dan baik )..
Tepat sekali apa yang pernah diugkapkan oleh sayidina Ali :
“ Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah.”
Justeru, boleh dikatakan rezeki itu bukanlah sesuatu yang kita terima, sebaliknya apa yang kita berikan. Semakin kita berikan, rezeki ( boleh jadi dalam bentuk harta, ilmu ,masa , tenaga ) akan semakin “ bertambah “, apabila dibelanjakan di jalan Allah. Rezeki yang kita simpan, hakikatnya belum tentu kepunyaan kita. Mati itu datang dengan tiba – tiba. Sebaik kematian datang, rezeki kita sudah bertukar tangan, menjadi pusaka, warisan setelah difaraidkan!
Perhatikan betapa ada orang yang pendapatnya kecil sahaja, tetapi oleh kerana berkat, hidupnya terarah,
anak – anaknya yang baik, isterinya yang solehah dan kehidupannya tenang walaupun tidak kaya.
Ada pula si kaya yang menpunyai wangnya melimpah ruah namun “ kaya “ juga dengan masaalah. Isteri melawan cakap, anak – anak semakin liar, para pekerjanya semakin menipu, orang gajinya sering lari dan seribu satu lagi masaalah hidup. Dan anehnya kekadang duitnya dirasakan tidak pernah cukup – cukup..
Kalau kita diberi pilihan mana satu keinginan kita, antara rezeki yang cukup dengan rezeki yang tidak pernah cukup – cukup???
Tepuk dada Tanyalah iman
Rabu, 14 Januari 2009
Selasa, 13 Januari 2009
IMAM MALIK dalam kitab Muwatta' ada merakamkan satu perbualan antara Sayidina Umar dengan seorang lelaki. Siapa namamu? tanya Umar. Namaku Jamrah (bara). Bapamu? Tanya umar lagi. Syihab (anak api). Jawab lelaki itu sepatah. Kamu dari kaum mana? Aku dari kaum al-Harqah (kebakaran), jawab lelaki itu. Di manakah kamu tinggal? Lelaki itu menjawab, aku tinggal di Harratinnar (api yang membakar) iaitu di Zatilazha (nama neraka). Kemudian kata Umar, pulanglah segera ke kampungmu kerana kampungmu sedang terbakar! Sesungguhnya benarlah bahawa Islam itu suatu agama yang cukup sempurna hatta ilmu menamakan seseorang turut diajar dan tidak terlepas pandang. Pada perspektif Islam, nama bukanlah sekadar identifikasi diri agar kita dikenali dengan nama tersebut bahkan ia mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan keperibadian luaran dan dalaman kita, sebagaimana cerita Sayidina Umar di atas.
Malah turut diceritakan dalam Sahih Bukhari bahawa seorang sahabat Nabi iaitu Ibnul Musaiyib sangat menyesal kerana tidak mendengar nasihat Nabi agar menukarkan namanya dari Hazan (dukacita) kepada Sahil (mudah). Hal demikian ini kerana sampai sekarang jiwanya sentiasa susah hati dan bersedih.
Justeru itu, Islam melarang menamakan anak atau menamakan diri sendiri dengan nama yang tidak mempunyai maksud yang baik apatah lagi yang tidak memberi citra peribadi kepada umat Islam. Islam melarang nama yang berunsur penyembahan selain Allah Taala seperti nama-nama berhala, nama-nama dewa. Nama tunggal bagi Allah atau nama-nama orang kafir, musyrik dan ahli maksiat juga tersenarai dalam nama-nama yang dilarang. Selain itu nama-nama yang mengandungi maksud yang mengada-ada, bombastik dengan niat bermegah-megah, takbur, taksub dan meninggikan diri daripada orang lain turut ditegah.
Sesungguhnya nama adalah doa. Seorang ibu yang memanggil nama anaknya dengan baik akan menjadi doa kepada anak tersebut. Andai namanya Muhammad (mulia), panggilan itu seolah-olah menjadi doa agar anak itu dimuliakan Tuhan dan memiliki keperibadian yang mulia pula. Maka kerana itu nama mempunyai kaitan rapat dengan keperibadian seseorang. Rasulullah SAW pernah bersabda mengingatkan kita: "Sesungguhnya sebaik-baik nama kamu adalah yang disandarkan dengan nama Allah, umpamanya Abdullah atau Muhammad." (Riwayat Muslim)
Andai nama anak-anak kita atau sahabat-sahabat kita Muhammad atau Ahmad, maka janganlah sewenang-wenangnya dipendekkan pula menjadi 'mat' kerana ia memberi konotasi yang tidak baik. Suatu ketika, nama 'mat rempit' pernah heboh dibahaskan orang. Ramai yang menganggap bahawa gelaran 'mat rempit' tidak layak dipanggil 'mat' yang kononnya merupakan singkatan kepada nama Muhammad. Maka berbagai-bagai nama dicadangkan. Ada pula yang mencadangkan agar digantikan sahaja dengan 'kodok rempit', asosiasi dari pepatah 'mati katak' kerana merempit di jalan raya.
Andai kita memaknakan nama sebagai doa, maka elok sahaja dikekalkan nama 'mat' kepada kumpulan berani mati itu. Hal demikian ini kerana 'mat' dalam bahasa Arab itu sendiri bermaksud mati. Nah, lagi ramai yang menyebut 'mat rempit', kita sebenarnya sudah 'mendoakan' agar cita-cita mereka untuk segera mati itu dikabulkan Tuhan!
Walau bagaimanapun, tiada larangan meletakkan nama yang bukan berasal dari bahasa Arab selagi tidak membawa makna yang buruk. Tiada salahnya nama Mawar atau Ros di mata Islam andai kecantikannya dan harumannya itu menjadi kebanggaan keluarga dan suaminya. Begitu jugalah tiada salahnya seorang saudara baru itu mahu mengekalkan namanya andai nama tersebut membawa makna yang baik dan menjadi motivasi kepada dirinya dan agama Islam. Berilah mereka kebebasan tanpa sebarang paksaan sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri!
Sabtu, 10 Januari 2009
Jihad adalah amal yang paling utama dan puncak ketinggian islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi jihad. Orang yang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah, sebaliknya sentiasa bangga menjadi seorang mujahidin.
Akhir-akhir ini golongan kafir sentiasa mencari peluang menindas dan menakluki negara serta umat - umat islam. Orang - orang yang soleh harus peka dan bersedia bertindak balas supaya umat - umat islam tidak akan ditindas dengan sewenang - wenangnya oleh golongan ini.
1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri - isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidup mereka menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri yang jahil dan degil dengan bijaksana sehingga mereka menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubah kesilapan mereka itu.
Itulah kaedah yang digariskan oleh umat Islam untuk mengatasi masalah ketidak sesuaian suami & isteri dalam kehidupan berumah tangga. Apabila mengahadapi sebarang kesulitan, lelaki yang soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata - mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki yang soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana serta sentiasa memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Dengan ini kebahagiaan rumah tangga dapat dikekalkan selama - lamanya.
Suami yang soleh akan sentiasa berkelakuan baik terhadap isterinya. Mereka akan menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Dia akan menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa mengembirakan hati mereka. Mereka juga akan bertanggungjawab menguruskan urusan rumah tangga, serta bekerjasama dengan isterinya dalam mendidik anak - anak.
Sabda Rasulullah S.A.W:
" Orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang berkelakuan baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku."
(H.R Ibnu Majah)
Isnin, 5 Januari 2009
Imam syafie pernah memberikan wasiat, sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, maka die akan memperolehi sepuluh keutamaan iaitu:
- Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada seseorang yang menghubungkan ukhuwah, begitu juga penduduk di langit.
- Dapat menambahkan dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
- Dapat menambahkan dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.
- Dapat menambahkan amal pahala selepas meninggal dunia kelak.
- Dapat mengembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
- Dapat mencetuskan kegembiraan kepada kedua - dua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan mengembirakan hati orang yang beriman.
- Allah akan melanjutkan usianya.
- Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
- Disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.














