Rabu, 14 Januari 2009
Selasa, 13 Januari 2009
IMAM MALIK dalam kitab Muwatta' ada merakamkan satu perbualan antara Sayidina Umar dengan seorang lelaki. Siapa namamu? tanya Umar. Namaku Jamrah (bara). Bapamu? Tanya umar lagi. Syihab (anak api). Jawab lelaki itu sepatah. Kamu dari kaum mana? Aku dari kaum al-Harqah (kebakaran), jawab lelaki itu. Di manakah kamu tinggal? Lelaki itu menjawab, aku tinggal di Harratinnar (api yang membakar) iaitu di Zatilazha (nama neraka). Kemudian kata Umar, pulanglah segera ke kampungmu kerana kampungmu sedang terbakar! Sesungguhnya benarlah bahawa Islam itu suatu agama yang cukup sempurna hatta ilmu menamakan seseorang turut diajar dan tidak terlepas pandang. Pada perspektif Islam, nama bukanlah sekadar identifikasi diri agar kita dikenali dengan nama tersebut bahkan ia mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan keperibadian luaran dan dalaman kita, sebagaimana cerita Sayidina Umar di atas.
Malah turut diceritakan dalam Sahih Bukhari bahawa seorang sahabat Nabi iaitu Ibnul Musaiyib sangat menyesal kerana tidak mendengar nasihat Nabi agar menukarkan namanya dari Hazan (dukacita) kepada Sahil (mudah). Hal demikian ini kerana sampai sekarang jiwanya sentiasa susah hati dan bersedih.
Justeru itu, Islam melarang menamakan anak atau menamakan diri sendiri dengan nama yang tidak mempunyai maksud yang baik apatah lagi yang tidak memberi citra peribadi kepada umat Islam. Islam melarang nama yang berunsur penyembahan selain Allah Taala seperti nama-nama berhala, nama-nama dewa. Nama tunggal bagi Allah atau nama-nama orang kafir, musyrik dan ahli maksiat juga tersenarai dalam nama-nama yang dilarang. Selain itu nama-nama yang mengandungi maksud yang mengada-ada, bombastik dengan niat bermegah-megah, takbur, taksub dan meninggikan diri daripada orang lain turut ditegah.
Sesungguhnya nama adalah doa. Seorang ibu yang memanggil nama anaknya dengan baik akan menjadi doa kepada anak tersebut. Andai namanya Muhammad (mulia), panggilan itu seolah-olah menjadi doa agar anak itu dimuliakan Tuhan dan memiliki keperibadian yang mulia pula. Maka kerana itu nama mempunyai kaitan rapat dengan keperibadian seseorang. Rasulullah SAW pernah bersabda mengingatkan kita: "Sesungguhnya sebaik-baik nama kamu adalah yang disandarkan dengan nama Allah, umpamanya Abdullah atau Muhammad." (Riwayat Muslim)
Andai nama anak-anak kita atau sahabat-sahabat kita Muhammad atau Ahmad, maka janganlah sewenang-wenangnya dipendekkan pula menjadi 'mat' kerana ia memberi konotasi yang tidak baik. Suatu ketika, nama 'mat rempit' pernah heboh dibahaskan orang. Ramai yang menganggap bahawa gelaran 'mat rempit' tidak layak dipanggil 'mat' yang kononnya merupakan singkatan kepada nama Muhammad. Maka berbagai-bagai nama dicadangkan. Ada pula yang mencadangkan agar digantikan sahaja dengan 'kodok rempit', asosiasi dari pepatah 'mati katak' kerana merempit di jalan raya.
Andai kita memaknakan nama sebagai doa, maka elok sahaja dikekalkan nama 'mat' kepada kumpulan berani mati itu. Hal demikian ini kerana 'mat' dalam bahasa Arab itu sendiri bermaksud mati. Nah, lagi ramai yang menyebut 'mat rempit', kita sebenarnya sudah 'mendoakan' agar cita-cita mereka untuk segera mati itu dikabulkan Tuhan!
Walau bagaimanapun, tiada larangan meletakkan nama yang bukan berasal dari bahasa Arab selagi tidak membawa makna yang buruk. Tiada salahnya nama Mawar atau Ros di mata Islam andai kecantikannya dan harumannya itu menjadi kebanggaan keluarga dan suaminya. Begitu jugalah tiada salahnya seorang saudara baru itu mahu mengekalkan namanya andai nama tersebut membawa makna yang baik dan menjadi motivasi kepada dirinya dan agama Islam. Berilah mereka kebebasan tanpa sebarang paksaan sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri!
Sabtu, 10 Januari 2009
Jihad adalah amal yang paling utama dan puncak ketinggian islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi jihad. Orang yang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah, sebaliknya sentiasa bangga menjadi seorang mujahidin.
Akhir-akhir ini golongan kafir sentiasa mencari peluang menindas dan menakluki negara serta umat - umat islam. Orang - orang yang soleh harus peka dan bersedia bertindak balas supaya umat - umat islam tidak akan ditindas dengan sewenang - wenangnya oleh golongan ini.
1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri - isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidup mereka menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri yang jahil dan degil dengan bijaksana sehingga mereka menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubah kesilapan mereka itu.
Itulah kaedah yang digariskan oleh umat Islam untuk mengatasi masalah ketidak sesuaian suami & isteri dalam kehidupan berumah tangga. Apabila mengahadapi sebarang kesulitan, lelaki yang soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata - mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki yang soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana serta sentiasa memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Dengan ini kebahagiaan rumah tangga dapat dikekalkan selama - lamanya.
Suami yang soleh akan sentiasa berkelakuan baik terhadap isterinya. Mereka akan menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Dia akan menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa mengembirakan hati mereka. Mereka juga akan bertanggungjawab menguruskan urusan rumah tangga, serta bekerjasama dengan isterinya dalam mendidik anak - anak.
Sabda Rasulullah S.A.W:
" Orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang berkelakuan baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku."
(H.R Ibnu Majah)
Isnin, 5 Januari 2009
Imam syafie pernah memberikan wasiat, sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, maka die akan memperolehi sepuluh keutamaan iaitu:
- Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada seseorang yang menghubungkan ukhuwah, begitu juga penduduk di langit.
- Dapat menambahkan dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
- Dapat menambahkan dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.
- Dapat menambahkan amal pahala selepas meninggal dunia kelak.
- Dapat mengembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
- Dapat mencetuskan kegembiraan kepada kedua - dua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan mengembirakan hati orang yang beriman.
- Allah akan melanjutkan usianya.
- Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
- Disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.
Ahad, 4 Januari 2009
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda,
" Diperlihatkan ( Allah ) kepadaku akan neraka.Ketika itu aku lihat kebanyakkan isinya terdiri daripada perempuan - perempuan kafir." Baginda ditanya oleh seseorang, " Apakah mereka kafir kepada Allah?" Jawapa Rasulullah," Mereka kafir kepada karib ( suami ) dan ( tidak tahu berterima kasih ) atas kebaikan ( yang diterimanya ). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata," Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!"
( Riwayat Bukhari )
Pesanan Rasulullah, seseorang suami tidak boleh membenci isterinya sehingga sampai ke satu peringkat mahu menceraikannya hanya kerana satu kesalahan,kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isteri. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.
Seorang isteri yang taat pada kepada Allah, haruslah mentaati suaminya selagi si suami berada dalam landasan iman. Sekiranya kedua - dua ini dilaksanakan dengan baik,maka syurgalah baginya..
Sabda Rasulullah,
" Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, pasti ia masuk syurga dari belbagai pintu yang dikehendakinya."
( Riwayat Ibnu Hibban )
Perempuan yang bergelar isteri punya kewajipan yang besar dan penting terhadap suaminya. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki pula, mereka punya kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh mana kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.
Rasulullah bersabda,
" Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan - ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam kepada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Taala sampai ia ( wanita / isteri ) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaannya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang."
( Riwayat Al Bazzar )
Sabtu, 3 Januari 2009
Kita dihidupkan bukan untuk tujuan bersuka - sukaan semata - mata.Sebaliknya kita didatangkan ke dunia untuk tujuan yang baik,berbuat kebajikan dan melaksanakan tuntutan Allah.
Rasulullah berpesan dalam sabdanya yang bermaksud,
"Hendaklah engkau jadikan dunia ini seolah - olah berdagang di negeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan.Ibnu Umar berkata, "Jika kamu berada di waktu petang,janganlah kamu tangguh ke waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu tangguh ke waktu petang.Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada di dalam keadaan sihat,sebagai persediaan di waktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati."
( Riwayat Bukhari )
Kata Rasulullah,jadikan dunia sebagai tempat berdagang,yang sudah tentu merujuk kepada galakan untuk mencari rezeki dan melaksanakan tuntutan hidup sebaik mungkin.Akhirat adalah destinasi akhir manusia,justeru sebelum sampai ke destinasi itu,buatlah persiapan rapi di dunia...
Dalam meniti kehidupan dan membuat persediaan di dunia,kita juga disuruh untuk melakukan kebaikan tanpa bertangguh - tangguh.Ini kerana perbuatan bertangguh - tangguh itu sendiri akan merugikan kita semua dan masa yang berlalu tidak dapat diputar kembali.
Khamis, 1 Januari 2009
Keberaniaan musuh Islam menyerang Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam secara terang-terangan semakin menular di bumi Malaysia. Baru beberapa hari kita dikejutkan dengan kewujudan satu blog yang menghina batang tubuh Junjungan Besar Nabi Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam. Perkara yang menguji kesabaran umat Islam. Mungkin kita akan mendengar ulasan-ulasan yang berkaitan dengan penghinaan ini dari pelbagai lapisan masyarakat. Setakat ini, saya masih belum membaca ulasan-ulasan yang berkaitan dengannya. Terasa juga ingin menulis. Cuma keberadaan saya dalam musim yang semakin hampir dengan imtihan menyukarkan saya untuk menulis dengan panjang lebar mengenainya. Doakan semoga Allah Taala mempermudahkan saya untuk menulis di masa akan datang mengenai ketinggian peribadi seorang Insan Mulia yang dipilih oleh Allah Taala, Sayyidina Muhammad Rasullullah Sollallahu’alaihiwasallam.Mereka yang menghina Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam seolah-olah terlalu jahil mengenai kesempurnaan yang ada pada Baginda Sollallahu’alaihiwasallam. Sedangkan ianya diakui oleh semua manusia dari dahulu sehingga sekarang samada dari kawan mahupun lawan.
قال أحد من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم :
" لَأَنْ أُذْبَحَ أَوْ أُقْتَلَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يُشَاكَى مُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم بِشَوْكَةٍ "
Maksudnya: Berkata salah seorang dari sahabat: “Sekiranya aku disembelih atau dibunuh lebih baik dari Nabi Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam disakiti dengan sebatang duri”
قَالَ أَحَدُ المُشْرِكِيْنَ لِقُرَيْش:
" لَقَدْ دَخَلْتُ عَلَى كِسْرَى وَقَيْصَر وَرَأَيْتُ المُلُوكَ والأَكَابِيْرَ فَمَا رَأَيْتُ أَحَدًا يُعَظِّمُهُ أَصْحَابُهُ كَمَا يُعَظِّمُ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ مُحَمَّدًا "
Maksudnya: Berkata salah seorang dari musyrikin kepada kaum Quraisy: “Aku telah masuk bertemu Raja Parsi dan Raja Rom..dan aku melihat raja-raja dan pembesar-pembesar..Aku tidak pernah melihat seorang pun pengikut yang membesarkan mereka sepertimana pengikut Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam mengagungkan Muhammad…Sollallahu’aalaihi wa aalihi wasallam..”
Dalam ruangan kali ini, saya sekadar datangkan dua kata-kata di atas. Sekiranya ada masa, saya akan menyambungnya kembali. Saya sebenarnya sedang cuba menelaah buku ini;
"السيف البتار لمن سب النبي المختار- صلى الله عليه وآله وسلم- "
لأبي الفضل شيخ مشايخنا السيد عبدالله بن محمد بن الصديق الغماري
Semoga Allah Taala menambahkan kecintaan kita semua terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam. Amin.














