Sabtu, 13 Disember 2008

RADIX COCO

Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain,itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna.Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah.Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli.Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.


Radix Koko

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

Sahabat

Kasihku,
Hari ini kita masih bersama,
Berkongsi suka dan duka,
Ketawa dan gembira,
Meraihkan cinta dua sahabat.

Tetapi esok...
Siapa akan tahu,
Kau dan aku mungkin terpisah,
Kerana jarak dan waktu itu,
Tiada siapa yang mampu,
Mengubah pada masa - masa lalu.

Sahabatku ketahuilah,
Sayangku umpama pena yang sentiasa mencoret cerita indah tentang kita,
Kasihku umpama kertas untuk di lakar kan apa saja,
Cintaku tidak sehebat cinta - Nya pada mu.

Sahabat,
Benarlah katamu,
Kita tidak akan selamanya bersama,
Inai merah di jari mu menjadi saksi ,
Pautan kasih suami & isteri,
Kau kini telah dimiliki oleh insan yang kau cintai,

IZINKANLAH KU PERGI
Pelangi

Aku masih di sini,
Menanti sang pelangi,
Mewarnai hariku,
Corakkan yang terindah.

Aku masih di sini,
Mengharap yang terbaik,
Dalam meniti arus kehidupan ini.

Kudambakan pelangi membawa lara hati ini pergi,
Lepas jauh bebas,
Kupastikan bahagia milik ku yang abadi.

Oh tuhanku...
Tolongla hambamu ini,
Ku berharap hanya pada mu,
Moga pelangi itu pastinya buatku.

bahagiakan hatimu

bahagiakan hatimu


Walau sebanyak mana kebencian kita pada manusia,
Jangan sesakkan hati sendiri,
Hati tidak dicipta untuk sentiasa berbunga,
Hati bukan milik raja,
Pertama hati dahulu yang berfikir,
Pertama hati dahulu yang menangis,
Pertama hati dahulu yang terasa,
Pertama hati dahulu berkata - kata,
Bukalah seluasnya hati agar kita menjadi orang yang bahagia.

Banyak bisikan pada hati,
Banyak ujian pada hati,
Banyak angan - angan dari hati,
Banyak ketidak puasan pada hati,
Tapi jangan sesekali,
Membenarkan nafsu dan akal menjadi batu api,
Lantas kita bakal menjadi insan yang sentiasa melihat kelompangan pada alam.

Duhai makhluk....
Berikanlah hatimu pada manusia yang hatinya elok itu,
Nescaya dia akan merosakkannya,
Namun, jika hati mu diberikan pada allah,
Hati yang hancur itu nescaya akan diperelokkan - Nya,
Bahagiakan hatimu,
Hanya untuk Dia,
Yang mengizinkan hatimu bahagia.



Jumaat, 5 Disember 2008

syabas hpa syabas kepada hpa,alhamdulillah ana ucap kan syabas kepada hpa industri kerana berjaya mengeluarkan satu lagi produk yang diberi name radix coco..hpa mengeluarkan radix coco sebagai altenatif kepada umat islam yang menggemari milo,rase radix coco same macam milo,sedap sesangat..sebagai mane yang kite ketahui milo adalah produk nestle,produk yahudi..ana harap kepada semua umat islam yang mengemari milo boleh menukar kepada radix coco..

Isnin, 10 November 2008

Kisah Ketaatan Seorang Isteri

Kisah Ketaatan Seorang Isteri
Suatu kisah mengenai ketaatan seorang isteri kepada suaminya.
Pada suatu,hari apabila suaminya keluar dari rumah,dia berpesan kepada isterinya
supaya tidak keluar meninggalkan rumah mereka.Pada ketika itu,si isteri menerima pesanan dari seorang utusan,bahawa ayahnya sedang sakit tenat.Apabila mengingatkan pesanan suaminya supaya tidak keluar rumah,dia mendapatkan nasihat daripada Rasulullah S.A.W
Baginda bersabda, "Taati perintah suamimu."
Ditakdirkan Allah S.A.W,ayah perempuan tadi meninggal dunia.Disebabkan pesanan daripada suaminya,dia tidak keluar dari rumahnya.Sekali lagi dia mendapatkan nasihat daripada baginda Rasulullah.Baginda bersabda,"Taati suamimu."
Disebabkan ketaatan kepada perintah suaminya,Rasulullah S.A.W. mengkhabarkan kepadanya,segala dosa ayahnya diampunkan oleh Allah S.W.T kerana dia isteri yang taat kepada suaminya.

Khamis, 6 November 2008

Bingkisan Untuk Wanita

Ada 30 larangan ke atas kaum wanita yang perlu dipatuhi.pun begitu,pada hari ini ia seolah-olah
sudah menjadi'trend'yang mesti diikuti oleh golongan wanita.Larangan-larangan itu ialah;


  1. Menyambung rambut palsu.
  2. Bertatu,mencukur kening,mencabut bulu pada wajah & mengikir gigi.
  3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi.
  4. Memperlihatkan perhiasan ataupun bersolek di depan lelaki lain.
  5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama.
  6. Membuka rahsia hubungan suami isteri.
  7. Berpuasa sunat tanpa izin suami.
  8. Membelanjakan harta suami,tanpa izin suami.
  9. Derhaka kepada suami.
  10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas.
  11. Mengingkari kebaikan suami.
  12. Bersama lelaki yang bukan mahram.
  13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya dengan pandangan syahwat.
  14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram.
  15. Menyerupai lelaki.
  16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami.
  17. Memandang aurat wanita lain.
  18. Keluar rumah tanpa ada keperluan.
  19. Masuk tempat mandi awam.
  20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah.
  21. Meratapi kematian.
  22. Berhias kerana kematian seseorang.
  23. Menghantar jenazah ke kubur.
  24. Mempercayai dukun dan peramal nasib.
  25. Meyumpah anak-anak sendiri.
  26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim.
  27. Menganaiaya pembantu.
  28. Mengganggu jiran tetangga.
  29. Meminta cerai kerana suami sakit.
  30. Meminta cerai kerana suami berpoligami.