Ahad, 21 Disember 2008

Tugas dan Kewajipan Lelaki Soleh

  1. Mencari Nafkah untuk Meneruskan Hidup

Tugas mencari nafkah dipertanggungjawabkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan yang ada padanya terutamanya dari segi fizikal dan akal fikiran.Oleh itu merekam mampu bekerja keras mencari nafkah,memberikan perlindungan dan mempertahankan maruah keluarganya,bangsa dan agamanya.Inilah sebabnya kaum lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita.Oleh itu,seorang lelaki muslim yang soleh,mereka tidak akan mengabaikan tugas ini.Malahan mereka wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.Dalam melaksanakan tugas ini,mereka harus membetulkan niat mereka iaitu untuk ikhlas mencari keredhaan Allah S.W.T.Apabila adanya keikhlasan,mereka tidak akan malu melakukan apa sahaja pekerjaan malahan berbangga dengan apa sahaja yang mereka lakukan demi menyara keluarga denagn hasil yang halal.

Lelaki yang soleh dan beriman tidak akan melupakan hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai matlamat mereka yang utama.Dia berekja di dunia untuk memcari keungtungan di akhirat,bukannya untuk mengejar keduniaan semata - mata.Dengan cara ini,ushanya akan sentiasa berhasil dan akan meraih kejayaan di dunia dan akhirat.

Ulama Salaf berkata,

"Wahai anak Adam ! Juallah duniamu dengan akhirat,maka engkau akan untung semuanya,tetapi jangan engkau jual akhirat mu dengan dunia,kerana engkau akan rugi semuanya."

Bagi orang - orang yang mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik,kemudian terasa penat dan letih pada malamnya,sehingga tidak dapat mengerjakan amalan - amalan sunnah,maka Allah dan Rasul - Nya memberikan jaminan akan memeberikan keampunan kepadanya sepanjang malam yang di yang di laluinya dengan tidur yang nyenyak.Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh - sungguh.Terdapat dua cara mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh islam;

  1. Dia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah S.W.T. dan tidak meninggalkan nilai - nilai yang luhur.
  2. Lakukan dengan ape sahaja cara yang halal,bersih dan tidak membawa apa - apa kemudaratan kepada orang lain serta tidak pula bertentangan dengan peraturan - peraturan yang ditetapkan kepada umum.

Dalam pada itu,ada juga cara - cara mencari harta yang diharam oleh islam;

  1. Mengamalkan riba.
  2. Menimbunkan barang - barang yang menjadi hajat orang ramai.
  3. Berjudi dan berniaga minuman keras.
  4. Menipu dalam timbangan dan penukaran barangan.
  5. Mencuri.
  6. Memakan harta orang lain dengan cara yang haram seperti yang diterangkan dalam al - quran;

Yang bermaksud:

"Hai orang - orang yang beriman,janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil,kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka - suka di antara kamu.Dan jangan lah kamu membunuh dirimu;sesungguh nya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu."

Surah an - nisa (4:29)

Tiada ulasan: