Rabu, 24 Disember 2008

KITA BERSAUDARA

Semua orang Islam adalah bersaudara.Justeru usahlah rasa terbuang dan tersisih kerana ikatan agama itu lebih kuat mengikat diri andai kita hayati pegangan sebagai orang Islam.


Disebabkan itu juga umat Islam dianjurkan supaya hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.Hindarilah sikap benci - membenci dan hasad dengki keran itu akan memberikan impak perpecahan dan kemunduran.


Kuatnya ikatan kasih kerana agama sehingga kita sanggup berkorban untuk saudara seagama,kita rasa sakit andai saudara kita disakiti dan kita rasa sedih andai saudara kita dihina.


Ini juga menepati sabda Rasullullah yang bermaksud:

"Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang,ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad,apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan."

(Riwayat Muslim)

Tiada ulasan: