Sabtu, 20 Disember 2008

Siapakah Dia Lelaki Soleh???

Lelaki soleh dapat didefinasikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman ,seorang yang mukmin,bersih daripada segi zahir & batinnya,mengambil makanan yang bersih dan halal,bukan daripada sumber yang haram.Dia juga sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara - perkara yang boleh mendorong nya ke arah maksiat & menariknya ke jurang neraka yang amat dalam.Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasul Nya walau di mana sahaja mereka berada dan pad bila - bila masa sahaja.

Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur daipada segi lahiriah semata - mata.Ia berkait rapat dengan akidah dan kejayaan kepada tuhannya,iaitu kepada siapa dia menyerahkan keyakinan dan ketaatannya itu.Tauhid adalah dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus dipelihara oleh setiap mukmin.Jika asas tauhidnya tidak betul dan sempurna,maka seluruh amalannya yang dilakukannya sia -sia sahaja.

Ciri - ciri Lelaki Soleh Seperti yang Dimaksudkan oleh al - quran dan al - hadis
  1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasul - Nya.
  2. Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
  3. Mati syahid adalah cita - cita hidup yang tertinggi.
  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup daripada Allah S.W.T.
  5. Ikhlas dalam beramal.
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancaman nya.
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa - dosanya.
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkan nya.
  10. Solat malam menjadi kebiasaan nya.
  11. Tawakal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh ,kecuali kepada Allah semata - mata.
  12. Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahu pun sempit.
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwah di antara mereka.
  14. Sangat kuat amar maaruf dah nahi mungkarnya,iaitu mengajak kearah kebaikan,dan mencegah perbuatan mungkar.
  15. Sangatkuat memegang amanah,janji dah rahsia.
  16. Seorang pemaaf dan berlapang dad dalam menghadapi kejahilan manusia,sentiasa mengingatkan antara sesama saudara dan tawadhuk penuh kepada Allah S.W.T.
  17. Memberikan kasih sayang kepada keluarga.

Selain ciri - ciri di atas,orang - orang yang soleh juga adalah insan - insan yang sentiasa mendapat ujian dan cobaan dari Allah S.W.T selepas para nabi dan orang -orang yang mulia.Mereka bersedia menghadapi segala ujian daripada Allah dengan hati yang tabah dan tetap teguh beriman dan memiliki pendirian yang teguh.Mereka tidak mudah menyerah kalah dengan segala dugaan dan cabaran yang datang kepada mereka.

Tiada ulasan: