Sabtu, 13 Disember 2008

Sahabat

Kasihku,
Hari ini kita masih bersama,
Berkongsi suka dan duka,
Ketawa dan gembira,
Meraihkan cinta dua sahabat.

Tetapi esok...
Siapa akan tahu,
Kau dan aku mungkin terpisah,
Kerana jarak dan waktu itu,
Tiada siapa yang mampu,
Mengubah pada masa - masa lalu.

Sahabatku ketahuilah,
Sayangku umpama pena yang sentiasa mencoret cerita indah tentang kita,
Kasihku umpama kertas untuk di lakar kan apa saja,
Cintaku tidak sehebat cinta - Nya pada mu.

Sahabat,
Benarlah katamu,
Kita tidak akan selamanya bersama,
Inai merah di jari mu menjadi saksi ,
Pautan kasih suami & isteri,
Kau kini telah dimiliki oleh insan yang kau cintai,

IZINKANLAH KU PERGI

Tiada ulasan: