Antaranya hadis daripada Aisyah yang menyatakan,
Hari Allah menciptakan Nabi Adam.
Hari Allah mencipta langit,bumi,bulan dan bintang.Hari lahir Nabi Ibrahim dan hari Nabi Ibrahim terlepas daripada bahaya unggun api namrud.
Hari kemenangan Nabi Musa dan musuhnya regim Firaun.
Hari kelahiran Nabi Isa dan diangkat ke langit.Hari Nabi Idris diangkat ke tempat yang mulia.
Hari Nabi Nuh selamat dari banjir besar.Hari Nabi Sulaiman mendapat kekuasaan luar biasa.
Hari Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun.
Hari Nabi Yaakub dapat melihat semula.
Hari Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Hari Nabi Ayub sembuh daripada penyakit kulitnya.
Hari pertama diturunkan hujan.
Tarikh 10 Muharam juga mencatatkan sejarah peristiwa Karbala,iaitu peristiwa cucu Rasullullah,iaitu sayidina Hussain dibunuh oleh puak Muawiyah di padang Karbala (di Iraq).
PERJUANGAN
Jika dihayati peristiwa yang pernah berlaku pada 10 Muharam,semuanya mengandungi aspek perjuangan,pendidikan dan kejiwaan yang boleh mendidik jiwa.Perjuangan nabi - nabi terdahulu juga tidak berbeza dengan Rasullullah,maka barangkali disebabkan itu,Nabi Muhammad menetapkan tanggal 10 Muharam sebagai salah satu rangkaian sunnah Nabi,yang dilakukan dengan tatacara sesuai orang Islam.
Antara caranya dengan melahirkan sikap atau kehidupan yang tidak dapat memisahkan aspek hubungan manusia dengan Allah dan hubungan sesama manusia:
1 Hubungan dengan Allah adalah dengan mengerjakan puasa pada hari asyura,salah satu puasa sunat yang afdal seperti dijelaskan hadis riwayat Muslim:
"Puasa yang paling mulia sesudah puasa Ramadhan adalah puasa bulan Muharam."
2 Hubungan dengan manusia melalui amal soleh pada hari berkenaan iaitu melakukan kebajikan sesama manusia.Hal ini seperti ditegaskan Rasullullah dalam hadis riwayat Baihaqi,
"Sesiapa yang melapangkan keluarganya dan ahli pada hari asyura,maka Allah akan memberikan kelapangan pula kepadanya dalam waktu tahun yang bersangkutan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan