Khamis, 9 Oktober 2008

Teh Manjakani.
Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakanya di import daripada India.Ia mempunyai sifat astringen,antiseptik dan hemostatik.Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan,peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.

Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi,senguh,sakit atau kelebihan asid urid .Kesan jangkapanjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh.Ini dapat dilihat setelah 1bulan mengamalkanya.InsyaAllah.


Dewan Fatimah zahra
Terletak di pejabat Kluang baru ,Kluang Johor.Dewan yang berada di tingkat 2 ini boleh memuatkan 140 orang peserta dalam sati-satu program.Dijangka siap untuk digunakan pada 14 hb oktober nanti.HPA mempelawa semua pemimpin dan ahli-ahlinya bagi memanafaatkan dewan ini sebaik mungkin untuk mengadakan program PBC,pic,pertemuan ataupun kursus-kursus kepimpinan.Disamping Ini dalam merialisasikan impian ke dua bagi menjadikan Kluang sebagai HPA Town sebanyak 10 buah homestay akan diadakan untuk kemudahan penginapan ahli-ahli semuanya.Bersebelahan dengan pejabat itu juga HPA menyewa untuk menyediakan hall yang lebih besar serta restoran RFC nanti InsyaAllah.

HPA akan buka cawangan dan RFC di Tesco
Hasil daripada perbincangan awal menampakan beberapa potensi baru seluruh Malaysia dengan pembukaan cawangan dan RFC .Dijangka pada tahun hadapan sebanyak 5 buah Tesko baru yang akan dimasuki oleh HPA.Hpa bukan menjual produknya kepada Tesko tetapi kita membuka cawangan kita sendiri untuk menjadi altenatif produk halal pada umat Islam yang berkunjung ke sana.Brand HPA dan Radix telah mula dikenali seperti masyarakat mengenali produk Adabi cuma HPA akan mempelbagaikan keluaranya bagi memenuhi kehendak
seisi rumah.InsyaAllah.

Tiada ulasan: