SISTEM MUDHARABAH RFC
(Butiran bagi syarat-syarat perkongsian Mudharabah antara RFC dan Pemodal)
1. Skop usahasama ialah restoran makanan segera RFC.
2. Usahasama dibuat mengikut kaedah Perkongsian Mudharabah. Pihak RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus (modal dan pentadbiran), sementara pemodal bertindak sebagai penyumbang modal sahaja.
3. Usahasama di antara pemodal dan RFC dibuat dalam bentuk perjanjian.
4. Nilai modal oleh individu/syarikat yang berminat menjadi pemodal kewangan ialah RM 1 juta.
5. Nisbah keuntungan yang ditawarkan oleh RFC ialah ialah 50: 50 antara HPA dan Pemodal. Keuntungan berdasarkan untung bersih bulanan. Pemberian untung tertakluk untung-rugi perniagaan cawangan RFC terbabit.
6. Pengiraan keuntungan bermula pada bulan pertama RFC beroperasi. Jangkaan operasi; selewat-lewatnya
7. Penyata kewangan akan diserahkan kepada pemodal setiap bulan, khusus bagi cawangan yang terlibat dengan perkongsian yang membabitkan pemodal sahaja.
8. Pemilihan lokasi menjadi hak RFC untuk menentukannya. Namun pemodal boleh mengemukakan cadangan.
9. Tempoh perkongsian ialah
10. Jika pemodal berhasrat menarik balik modalnya sebelum tempoh perkongsian tamat (iaitu 5 tahun), RFC hanya akan membuat bayaran balik dalam tempoh setahun dan tiada sebarang keuntungan akan diberikan kepada pemodal dalam tempoh bayaran balik itu (bermula dari tarikh pembatalan kontrak yang dipersetujui kedua belah pihak).
11. Akad Mudharabah terbina atas perkongsian untung dan rugi. Pemodal berhak mendapat untung kerana modal yang ia keluarkan dan RFC (sebagai 'Amil atau Mudharib) berhak mendapat untung kerana pengurusan (masa dan kerja) yang dijalankannya. Jika ditakdirkan urusniaga mengalami kerugian, kedua-dua pemodal dan RFC akan sama-sama menanggung kerugian; pemodal akan menanggung kerugian dari modalnya dan RFC menanggung kerugian dari (bebanan masa dan kerja) pengurusannya.
12. Perjanjian perkongsian Mudharabah ini hanya tertakluk dengan cawangan RFC yang berkait dengan pemodal (yakni cawangan yang ia menjadi menyumbang modal untuknya). Oleh demikian, pemodal tidak berhak ke atas cawangan-cawangan lain yang tiada kaitan dengannya dan begitu juga, tidak berhak menghalang RFC dari membuka cawangan-cawangan lain.
Sabtu, 11 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan