Selasa, 14 Oktober 2008

14 October 2008
Pelaburan Koperasi Wahida HPA.
Ahli-ahli HPA diingatkan supaya jangan membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat yang menjanjikan pulangan yang lumayan sedangkan mereka tidak memiliki kebenaran mengambil diposit dari Bank Negara.Kejadian sebegini sering berlaku dinegara kita menyebabkan sesetengah pehak menggunakan peluang ini bagi mengumpulkan dana peniagaan mereka.Jika mereka menjanjikan lebih daripada 20% setahun sesuatu yang tidak boleh berlaku dalam keadaan ekonomi sebegini melainkan skim cepat kaya atau moneygame.Jika Ahli mempunyai keewangan untuk melabur mari bersama HPA dalam pelaburan koperasi wahida HPA yang sedang mengumpulkan dana rm10 juta untuk dilaburkan dalam peniagaantani dan RFC yang sedang giat di buka seluruh Malaysia.Pada tahun lepas koperasi telah mengeluarkan deviden sebanyak 10% kepada ahli bagi satu tahun operasi dan saya mejangkakan dividen ini akan terus naik dengan jumlah produk dan pemintaan bahan mentah yang semakin banyak oleh HPA.Antara peniagaan yang dilaburkan masakini ialah membekalkan gula,kopi,cremer kepada Radix Industries yang digunakan untuk pengeluaran kopi radix di Malaysia dan Luar negara.Doakan 9 tahun lagi koop akan menjadi sebuah bank yang sah di negara kita.Amin.




Cawangan-cawangan yang sedang dibuka.
Antara cawangan yang sedang dibuka ialah:1. Petaling Jaya - akan siap 15/10/082. Seri Iskandar - 15/10/083. pusat pentadbiran zon timur Kuala Kerai - 50%4. Cawangan baru Temerloh - 50%5. Rantau Panjang - akan mula renovation6. Raub - akan mula renovation7. Kuantan - tambahan cawangan baru dekat Kem Askar.8. Segamat - Insyaallah siap 1/11/089. Muar - siap 1/11/0810. Kulai - dalam tindakan mendapatkan s harga.






Program Amal bersama oku
Semua manusia dilahirkan bersama kelebihan dan kekuranganya tetapi di balik kekurangan itu terdapat satu potensi yang boleh dibangunkan untuk ummah.(pen)Program amal bersama dengan OKU (cacat penglihatan) akan dibuat pada hari ini 14hb di dewan Amir Ramadhan Perlis.Seramai 30 orang yang telah memberikan nama untuk hadir di majlis ini.Tujuan perjumpaan ini ialah untuk melihat bagaimana HPA boleh memainkan peranan aktif bagi membantu gulungan OKU dalam aktiviti harian mereka.Mereka bukan hanya boleh menghasilkan produk tetapi boleh menjadi guru kepada institusi pendidikan dan kemahiran yang akan dibuka oleh HPA kelak.Kejayaan HPA membentuk usahawan sangat berkesan kerana HPA sendiri menyadiakan peluang pasaran bagi produk yang dikeluarkan.Setakat ini lebih daripada 100 orang usahawan termasuk usahawan tani yang telah bergabung bersama HPA membentuk pasaran bersama MLM HPA dan kenapa tidak hari ini HPA melihat potensi yang ada dalam diri OKU pula.




Antara Kopi dan Teh
Antara kopi dan teh yang telah dan akan dikeluarkan dipasaran ialah seperti berikut1. Teh herba (100%pegaga)2. Teh Asiatika(untuk sembelit yang kronik)3. Teh Manjakani(manjakani dan kacip fatimah)4. Teh Lemongrass(serai)- akan keluar.5. Teh Roselle(Roselle)- akan keluar6. Kopi Radix (7 herba)7. Kopi radix mild(kurang manis)- akan keluar.8. Radix Koko - akan keluar.


sementara kordial pula terdiri daripada:1. Kordial asiatika2. Kordial jambu merah - baru3. Kordial mangga4. Kordial kurma5. kordial roselle6. RTD roselle7. kordial kundur (dihentikan pengedaran)8. honey comb (bermusim)




Majlis peluncuran produk baru di Indonesia.
InsyaAllah,HPA Indonesia akan membuat majlis peluncuran 4 produk herba di Jakarta pada 16/11/08.Indonesia yang terkenal dengan penggunaan jamu kembali menguatkan jaringan MLM disana menggunakan herba sebagai produk killer.Keempat produk tersebut telah mendapat kelulusan daripada dep.kesihatan Indonesia.Semua PJS Indonesia dijempat dan InsyaAlah saya dan GM AWM akan turun ke Jakarta bagi tujuan tersebut.Semoga perjuangan HPA di Indonesia akan lebih semarak.Amin.




12 October 2008
Kutipan amal -pakaian terpakai
Satu program sosial yang sedang giat dilancarkan oleh HPA ialah mengumpulkan pakaian yang telah digunakan untuk projek jualan amal bagi membantu golongan miskin.Anda boleh meletakan baju-baju yang hendak disumbangkan dicawangan-cawangan HPA dan InsyaAllah baju-baju itu akan dihimpunkan terlebih dahulu sebelum ia dijual dengan harga murah sementara duit kutipan 100% akan diberikan kepada fakir miskin.Pakain yang hendak di sedekahkan hendaklah pakaian yang anda sendiri sanggup memakainya ketika ke pejabat atau ketempat keramaian.kita tidak mahu menerima pakaian pakaian yang buruk yang tidak boleh digunakan.Percayalah...jumlah pakaian anda yang banyak dalam almari pasti akan di soal oleh Allah kerana tidak digunakan sedangkan diluar sana jutaan umat Islam berada dalam kemiskinan.Tidak keterlaluan jika saya katakan cukuplah 7 helai baju kerja bagi kegunaan 7 hari dalam seminggu.Semoga sumbangan Amal ini akan disambut hebat oleh para pejuang HPA yang telah siap sedia untuk menerima arahan.Amin


Teh manjakani
Sudah satu minggu teh manjakani berada dipasaran tetapi masih banyak tempat yang belum sampai lagi.Edaran teh bersama kopi radix kini mula memenuhi kembali cawangan-cawangan di seluruh Malaysia.Selepas pengumuman harga kopi akan dinaikan ramai para stokis mula membuat belian stok yang banyak sama seperti cola radix.Situasi ini menjejaskan hanya seminggu sahaja kerana kemampuan mesin baru kita boleh beroperasi dengan kapasiti yang tinggi.HPA kini mengarahkan kembali kerja dua shif termasuk hari minggu kilangnya di Kuala Perlis dan pada minggu hadapan bekalan kopi dan kremer akan sampai dalam jumlah yang besar mencukupkan keperluan kopi tempatan dan Indonesia.Pengeluaran yang cepat menggunakan mesin fully otomatik akan menghilangkan keresahan pengguna setia kopi radix.InsyaAllah.


11 October 2008
Kopi Radix
Kopi Radix merupakan produk utama HPA kerana ianya mudah untuk dijual namun bagitu kita mempunyai lebih 100 produk lain dipasaran.Oleh kerana kita tidak melibatkan diri dalam program -program yang menjana ilmu pengetahuan produk kita merasakan dunia peniagaan menjadi sempit bila tidak adanya kopi Radix.Kesanya akan menyebabkan kejatuhan jualan semasa.Bagi pehak HPA penyediaan kilang kopi baru yang fully otomatik merupakan satu langkah kedepan bagi mempersiapkan kecukupan produk dipasaran.Namun bagitu saranan untuk kembali kepada peniagaan herba perlu dilaungkan kembali.Di sini saya menyeru semua ahli-ahli HPA dan PJS menghaziri program KPJ yang diadakan bagi mengelakan dari situasi ini berulang lagi pada masa hadapan.HPA berdiri atas tiga kekuatan produk iaitu 1. herba ubatan melalui perubatan jawi2. kosmatik melalui produk daripada pegaga3. Produk harian sebagai pelengkap keperluan rumah.Dari yang saya lihat ahli-ahli mengenal kopi radix lebih daripada 3 D malah kalau ditanya bahan apa yang terkandung dalam akar mengkudu ramai yang tidak dapat memberikan jawapan yang betul.Kita tidak dapat meujudkan satu keunikan bisnes MLM jika hanya bergantung pada produk harian.Oleh itu perlu segera kita mencari nota-nota kuliah lama untuk mengasah kembali ketajaman pengubatan herba kita dalam dunia yang banyak penyakit dewasa ini.HPA memiliki kilang ubatan herba yang bertaraf GMP dan ISO .kita pelupur perubatan herba tempatan.JAWI bererti Jejawi...Alamiah...Wathan...Ilahiah...sajak di dewan Puri Pujangga ukm 1998Puri Pujanggasungguh hari ini kami datang lagi mengutip dedaunan yang luruhdari pusaka ninda yang terbuangagar jangan hilang ditelan zaman. (Hj Zahir dan Hj Mokhtar - tentu tidak lupa)

Tiada ulasan: