Rabu, 29 April 2009

Dia Yang Aku Cintai

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud,


“Demi allah yang jiwaku di tangan – Nya, tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya sendiri.”

( riwayat al-bukhari & muslim )


Orang – orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang, kurang peka perbezaan, lagi tipis perikemanusiaannya.

Berbeza halnya dengan orang yang dikurnia akan Allah dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan.

Rasulullah, contoh nya dikenali sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan lembut hatinya. Sudahkah kita berusaha mengamalkan dan mencontohi sikap baginda yang sangat terpuji itu hingga cinta kita pada Rasulullah bukan sekadar cinta buta, tapi cinta yang melahirkan ketaatan pada Allah dan sikap mulia dalam kehidupan kita sehari – hari? Jika direnung, tidak wajar kita mengatakan bahawa kita mencintai Rasulullah sedangkan dalam kehidupan seharian, kita sering melanggar nasihat – nasihat baginda?

Kecintaan kita pada baginda selama ini hanya cinta bersahaja, bukan cinta biase seperti cinta kita kepada anak – anak atau manusia yang lain. Sedangkan kecintaan Rasulullah pada kita umatnya amat mendalam dan luar biasa, hingga disebut – sebut oleh baginda hingga nafas yang terakhir!

Tiada ulasan: