Ahad, 26 April 2009

KURANG AKAL, KURANG AGAMA


DARI Abdullah bin Umar katanya, rasulullah telah bersabda yang bermaksud,

“ wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu dan banyakkan lah beristigfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.”

Seseorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya, “ wahai rasulullah, mengapa kami iaitu kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”

Rasulullah bersabda, kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal & agama yang lebih menguasai pemilik akal, golongan kamu..”

Wanita itu bertanya lagi, “ wahai rasulullah, apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?”

Rasulullah bersabda, “ maksud kekurangan akal adalah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal.. begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam – malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama..


( Hadis Riwayat Muslim )


Wanita adalah makhluk yang unik, diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki. Lemah nya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah.

Ketika mereka dalam haid atau nifas serta tidak dapat menjalankan ibadah solat & berpuasa, mereka sebenarnya masih boleh menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah.

Perempuan juga dikatakan lemah akal nya kerana mereka mudah terpengaruh, tertipu & terpedaya. Ini kerana mereka dikurniakan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki.

Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya yang membezakan antara makhluk Allah adalah nilai ketakwaan mereka..


Tiada ulasan: