Jumaat, 1 Mei 2009

SEBAIK – BAIK

REZEKI

DARI Miqdam Radiallahu anhu, daripada Rasulullah, “ Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang sekali – kali tidak, yang lebih baik daripada memakan hasil usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya nabi Allah, Daud Alaihi Salam makan daripada hasil usaha tangan baginda sendiri.”

( Riwayat Bukhari )

Alangkah seorang Nabi dan Rasul seperti Nabi Daud dan Nabi Muhammad boleh bekerja mencari rezeki untuk menyara kehidupan, maka apatah lagi manusia? Bukankah teladan dan contoh itu sudah ditunjukkan oleh rasul – rasul terdahulu?

Nabi Muhammad ketika muda pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan menjadi saudagar. Nabi Daud pula terkenal sebagai tukang besi. Mereka bekerja menggunakan tulang empat kerat mereka sendiri untuk mencari rezeki, tanpa menyusahkan orang lain.

Allah tegaskan, muka bumi ini sebagai tempat mencari rezeki

seperti firman - Nya

“ Kami telah jadikan untukmu semua di dalam bumi itu sebagai lapangan mengusahakan kehidupan. Tetapi sedikit sekali di antara kamu yang berterima kasih.”

( Surah A`raf : 10 )

Mudah – mudahan kita semua dapat membuka mata, bahawa rezeki yang paling terbaik yang akan kita masukkan kedalam mulut kita dan menjadi darah daging kita, sebaik – baiknya haruslah daripada usaha kita sendiri !

Tiada ulasan: