Rabu, 27 Mei 2009

KELEBIHAN MADU

• Madu banyak mengandungi vitamin yang diperlukan untuk kesihatan dan dapat membantu penyembuhan hampir semua penyakit termasuk berkaitan dengan paru – paru, urat saraf dan mampu meningkatkan tenaga seseorang.

• Menurut kajian, madu merupakan kumpulan vitamin yang paling kuat dan paling bersih antara vitamin – vitamin yang lain.

• Madu juga merupakan minuman paling lazat dan mengandungi zat makanan yang paling lengkap serta dapat membantu proses pemulihan tenaga tubuh.

• Madu mampu membersihkan toksid yang ada dalam urat – urat darah dan perut.

• Madu banyak mengandungi vitamin A, B, C dan B Kompleks (B, B2, B3, B5 dan B6) vitamin E, K: dan Enzim disamping pelbagai jenis mineral seperti, Phosphorus, Potassium, Kalsium, Sulfur, Iron, Copper, Magnesium, Manganese dll.

• Menurut Ibnu sina, Tokoh Perubatan Islam, madu perlu untuk kekuatan tubuh dan amat baik untuk orang yang berusia lanjut.

• Bagi orang Yunani, madu dapat memanjangkan umur dan memulihkan keremajaan.

• Selain itu madu baik untuk kesihatan kulit, melambatkan penuaan, menguatkan urat saraf, membantu selera makan, proses pencernaan, melancarkan kencing, mengubati penyakit mental dan stress dan baik untuk daya ingatan.

Tiada ulasan: