Sabtu, 10 Januari 2009

2. Berjihad Fisabilillah

Jihad adalah amal yang paling utama dan puncak ketinggian islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi jihad. Orang yang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah, sebaliknya sentiasa bangga menjadi seorang mujahidin.



3. Melindungi dan Membela Kaum yang Lemah dan Tertindas

Akhir-akhir ini golongan kafir sentiasa mencari peluang menindas dan menakluki negara serta umat - umat islam. Orang - orang yang soleh harus peka dan bersedia bertindak balas supaya umat - umat islam tidak akan ditindas dengan sewenang - wenangnya oleh golongan ini.

" Wahai lelaki yang soleh, sesungguhnya tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, langit dan gunung tidak mampu menanggungnya. Engkau sahaja yang sanggup tampil menyelesaikan tugas yang besar ini. Orang - orang yang lemah dan sedang ditindas sentiasa menantikan kehadiranmu. Mereka sentiasa berdoa supaya engkau segera tiba demi menjadi pembela bagi mereka."

Inilah laungan yang sentiasa didengari daripada golongan - golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh harus memainkan peranan mereka sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi kedaulatan islam.


4. Memimpin, Mendidik dan Berlaku Adil Terhadap Isteri

1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri - isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidup mereka menjadi isteri solehah.

2. Menangani isteri yang jahil dan degil dengan bijaksana sehingga mereka menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubah kesilapan mereka itu.

Itulah kaedah yang digariskan oleh umat Islam untuk mengatasi masalah ketidak sesuaian suami & isteri dalam kehidupan berumah tangga. Apabila mengahadapi sebarang kesulitan, lelaki yang soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata - mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki yang soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana serta sentiasa memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Dengan ini kebahagiaan rumah tangga dapat dikekalkan selama - lamanya.

Suami yang soleh akan sentiasa berkelakuan baik terhadap isterinya. Mereka akan menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Dia akan menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa mengembirakan hati mereka. Mereka juga akan bertanggungjawab menguruskan urusan rumah tangga, serta bekerjasama dengan isterinya dalam mendidik anak - anak.

Sabda Rasulullah S.A.W:

" Orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang berkelakuan baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku."

(H.R Ibnu Majah)

Tiada ulasan: