Ahad, 10 Januari 2010



Matangkah kita tentang cinta?

Assalamualaikum wbt..saya tertarik kepada suatu artikel khas daripada sebuah buku yang telah saya baca. Selamat menilai tahap kematangan anda!!





Anda Belum Matang Sekiranya:

1. Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibubapa.

2. Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda cintai melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres atau tidak solat langsung!!

3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.

4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun!!

5. Asyik terkenangkan wajah kekasih anda yang baru seminit berpisah tetapi tidak dikenang pun wajah ibubapa anda yang sudah berbulan-bulan tidak anda temui.

6. Susah hati jika tidak menerima surat,e-mail, atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita,menelefon atau memberi SMS kepada ibubapa di kampung.

7. Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai baju pagoda atau tidak berbaju langsung ketika menemui ALLAH SWT.

8. Lebih banyak mengucapkan kata-kata manis kepada kekasih anda sedangkan langsung tidak terucap kalimah zikir kepada ALLAH SWT.

Kata-kata Ahli Sufi," Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan oleh-NYA."




Tiada ulasan: