Isnin, 10 November 2008

Kisah Ketaatan Seorang Isteri

Kisah Ketaatan Seorang Isteri
Suatu kisah mengenai ketaatan seorang isteri kepada suaminya.
Pada suatu,hari apabila suaminya keluar dari rumah,dia berpesan kepada isterinya
supaya tidak keluar meninggalkan rumah mereka.Pada ketika itu,si isteri menerima pesanan dari seorang utusan,bahawa ayahnya sedang sakit tenat.Apabila mengingatkan pesanan suaminya supaya tidak keluar rumah,dia mendapatkan nasihat daripada Rasulullah S.A.W
Baginda bersabda, "Taati perintah suamimu."
Ditakdirkan Allah S.A.W,ayah perempuan tadi meninggal dunia.Disebabkan pesanan daripada suaminya,dia tidak keluar dari rumahnya.Sekali lagi dia mendapatkan nasihat daripada baginda Rasulullah.Baginda bersabda,"Taati suamimu."
Disebabkan ketaatan kepada perintah suaminya,Rasulullah S.A.W. mengkhabarkan kepadanya,segala dosa ayahnya diampunkan oleh Allah S.W.T kerana dia isteri yang taat kepada suaminya.

Tiada ulasan: