HADIS KUDSI
Allah Memberikan kepada Ahli Syurga Segala yang Mereka Inginkan...
" Daripada Abu Hurairah r.a. menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. berbicara pada suatu hari sedangkan di sisinya ada seorang lelaki Badwi, mafhumnya: " Seseorang daripada ahli syurga meminta izin daripada Tuhannya untuk menanam.
Maka Allah bertanya: ` Bukankah kamu memperoleh apa yang kamu inginkan?`Ia menjawab :`Benar, tetapi aku ingin menanam. ` Ia pun segera menabur benih, lalu segera pula tumbuh dan besarnya seperti gunung. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: `Mendekatlah wahai anak Adam, sesungguhnya tidak ada suatu pun yang mengenyangkanmu."
Orang Badwi itu mengatakan: "Wahai Rasulullah s.a.w., engkau tidak menjumpai hal ini kecuali pada kaum Quraisy dan Ansar, sebab mereka bercucuk tanam. Sedangkan kami bukan orang yang bercucuk tanam." Mendengar hal itu, Rasulullah s.a.w. tertawa.